✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, August 18, 2016

Bila omputih cakap dialek Terengganu...! Kemah boh..!

Assalamualaikum...
Tadi masa dok baca fesbuk sambil mencari artikel yang berguna untuk dimasukkan dalam blog library (selalunya fesbuk JBPM) saya terjumpa satu video temubual bicara dengan Mat Dan, seorang lelaki Inggeris yang fasih bercakap dialek negeri Terengganu..

Siapa Mat Dan nie..? Nie storynya ...


Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler atau nama Islamnya Kareef Daniel Abdullah yang berasal daripada Bristol, England.. Dia mula bertutur dalam dialek Terengganu sejak kali pertama beliau ke Pulau Kapas untuk bercuti dan bekerja dengan orang tempatan di sana.. Pada mulanya agak susah Mat Dan bercakap dialek Terengganu disebabkan nahu bahasanya tapi berkat kesungguhan, dia akhirnya berjaya untuk bercakap dialek Terengganu malah menjadi lebih fasih lagi..  Rase bangge jugok bila orang luor boleh cakap bahase Ganu.. Hihi kemah boh...!




Awak boleh tengok sendiri rakaman temubual bersama THR Gegar dan Sinar FM..  Kemah boh..!

Jaa nee..

Share:

16 comments:

  1. Bila die kecek ganu, nampak kehenseman terserlah...! Aih.... Rasa cm nak pinang untuk adik Reen. :D

    ReplyDelete
  2. I know him. I've watched one of his videos months ago.
    Wowsers!

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Comel je dia cakap melayu dengan dialek terengganu..

    ReplyDelete
  4. aa dengar hari tu time nk g keje. mcm tak caye dia ni mat saleh :)

    ReplyDelete
  5. Parking! nnti dtg tgk vid ..haha

    ReplyDelete
  6. Mat Dan dlm Haramain Backpackers Astro Oasis

    ReplyDelete
  7. mmg fasih! entah dia berguru dgn sapelah ni

    ReplyDelete
  8. sy bleh jugak. Melayu ckp dialek omputih. hehehe

    ReplyDelete
  9. Rasa kelakar pulak bila tengok omputih dialek tengganu..HAHAHAH

    ReplyDelete
  10. OMG! Handsome-nya dia! Btw, terbaekk ah dia cakap ganu

    ReplyDelete
  11. saya tgok dia dan PU Amin di TV AlHijrah...kedengaran pelat Inggeris dia pulak x berapa sedap. Mcm BI tu bahasa kedua dia plak.

    Jika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.

    http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

    ReplyDelete
  12. Bila dah cinta, kita sanggup buat apa saja. Seronok juga baca kisah dia macamana boleh sangkut kat Negeri Terengganu ni.

    Untung rakyat Malaysia masih ada yang baik dan peramah. Tak kisah sapa, asal dari mana..asalkan niat baik, kita terima dengan hati terbuka...

    ReplyDelete
  13. Wah.. Kagum pulak teman nengoknya... Nnti lepas ni ada pulak omputih yg boleh cakap perak... Hehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧