✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, August 18, 2016

Majlis perkahwinan sepupu (back stories) pada 12 Ogos 2016

Assalamualaikum...
Nak citer sikit pasal majlis perkahwinan sepupu saya yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 Ogos yang lalu.. And by the way, nak maklum pada awak, hari lahir saya jatuh pada hari yang sama iaitu 12 Ogos.. hehehe so happy belated birthday to me... 

Sepupu saya telah bertemu jodohnya di usia 25 tahun, sama seperti usia saya semasa perkahwinan pertama dulu.. hehe dan sekarang nie hanya tinggal 3 orang anak dara lagi dalam keluarga sanak saudara kami untuk bertemu jodohnya dan salah sorang adalah adik saya yang bongsu...


Semasa akad nikah pada 12 Ogos 2016
Hari persandingan pada 13 Ogos 2016, bergambar dengan mak dan mak mertua
Semasa makan beradab pengantin...

Setelah pengantin pergi ke makan beradab, kami sepupu sepapat nie berebut2 untuk mengambil gambar di atas pelamin, termasuklah saya sendiri.. Tapi malangnya saya terpaksa mengambil gambar saya sorang-sorang kerana hubby tak dapat balik kampung untuk bersama2 meraikan hari perkahwinan sepupu atas faktor kerja... huhuhu

Nie masa akad nikah di masjid, yang bertudung hijau tue la ummie kesayangan kami..
Yang nie gambar bersama adik dan sepupu.. Yang berpurdah tue baru 4 bulan mendirikan rumahtangga, yang bertudung hijau tue baru tingkatan 4.. yang bertudung coklat tue masih available...kih..kih..
Masa nie tengah tunggu pengantin lelaki untuk berarak, sempat lagi kami welfie, adik kata nak ambik aura pengantin..kih..kih..kih..
Nie gambar masa pengantin tengah bersanding, masa nie ramai orang kat ruang tamu jadi kami terpaksa duduk di bahagian tangga..huhuhu..
Terpaksalah ambik gambar sorang2, hubby takde... sedih tau..T_T
Hihihi nie saya ambik secara kandid.... Yealah, kami sedang seronok2 nak bergambar tiba2 datang bapak sedara untuk mengusik adik, nak buat mimik muka begitu, apa lagi, saya pun snap la gambar nie.. kih..kih..
Haa..Yang kepala botak tue, bapak sedara kami a.k.a. bapa pengantin perempuan.. sempoi kan.. kalu bapak pengantin yang lain pakai baju melayu atau baju batik, dia pakai baju t-shirt jea, katanya senang petang nanti nak ke laut...



Well, Selamat Pengantin Baru buat sepupuku Sharifah Nur Aliea Binti Syed Jufri Al-kaff, semoga Aliea dan suami kekal hingga ke Jannah dan bahagia selamanya, Insha Allah...

Jaa nee..


Share:

6 comments:

  1. seronok bila dpt berkumpul rami2 mcm ni,
    bpk pengntin tu mmg sempoi,hahha t-shirt pun hencem

    ReplyDelete
  2. Zie Azie : Hahahaha nie kalu bapak pengantin baca komen awak, mau kembang hidung setaman...

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baruu ! barakallahh :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. tema purple ye...
    Semoga pengantinnya bahagia hingga ke Jannah..
    Time nie la nak berkumpul sanak saudara kan..

    ReplyDelete
  5. Ayunie : Terima kasih (hehe bagi pihak sepupu)
    Anis Abdullah : Kan.. memang cantik dan tak nmpk comot sgt...
    Shahida : A'aa kak, tema purple tapi adik beradik dia pakai kaler pink, hihi lari dari tema dgn pengantin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧