✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 21, 2016

Dugaan betul di bulan ini... -.-

dizzy reaction eyes sailor moon usagi tsukinoAssalamualaikum wbt...
Adoii, banyak betul dugaan saya pada bulan nie..! Takpe..takpe.. Sabar.. Awak tau, baru2 nie saya ada citer pasal kereta saya mengalami kerosakan dari segi baterinya dah 'kong', bulan nie sekali lagi, macam tau2 jea tuannya baru dapat gaji...

Kali nie, peti ais dan aircond kat rumah pulak yang rosak secara serentak..! uwaa.. garu kepala kejap yang terasa macam tak gatal... Hadoii... Camne nak buat nie..?

Saya baru saja nak menyimpan duit gaji sebab pada 21hb Oktober nie, saya nak pergi ke Ipoh kerana adik bongsu dah konvokesyen dan dapat sijil pertauliahan sebagai pembantu pembedahan gigi...

Huhuhuhu.. Mana satu pilihan..?

Okey..Aircond tue boleh hold dulu sebab boleh pakai kipas untuk sementara, tapi peti ais tue, susah jugak kalu tak dibaiki sebab masih ada barang-barang basah yang belum dimasak.. Baru2 nie pun masa dapat daging korban anjuran opis, saya terpaksa bagi pada jiran, dan Alhamdulillah, dapat merasa jugak daging korbannya, jiran tolong masakkan.. hehehe tengok punyalah pemalas nak masak..

Konvokesyen tue pulak saya dan hubby kena jadi bodyguard dan driver sebab adik lelaki tak dapat cuti masa tue, jadi kenalah saya yang pergi bersama-sama dengan ummie dan si bongsu.. Konvokesyen tue berlangsung selama 2 hari, mungkin kami ambik rumah inap desa sebab kalu ambik hotel rasanya lari bajet terus.. huhuhu...

Mana satu pilihan..? Peti ais atau simpan duit untuk ke Ipoh..?


Pening ambe...!


Share:

12 comments:

  1. Pening juga ni. Sabar dan tabah ye dengan dugaan ni

    ReplyDelete
  2. Semoga akak dipermudahkan.
    Pendapat saya yg mentah ni,hehe, sy rasa baik akak teruskan dgn plan untuk ke Ipoh masa majlis konvokesyen adik akak tu. Sebab konvo cuma sekali, mesti dia akan gembira. InsyaAllah bila kita gembirakan hati keluarga, moga Allah mempermudahkan urusan kita.

    Pendapat sy lah,hehehe. apapun sy doakan urusan dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  3. Hihi, kuarkan sikit duit simpanan, bole betulkan esbok, bole gi kt tmpr adik gak, next gaji topaple simpan semula, haa, bernas tak, bernas tak..😉😉

    ReplyDelete
  4. Hihi, kuarkan sikit duit simpanan, bole betulkan esbok, bole gi kt tmpr adik gak, next gaji topaple simpan semula, haa, bernas tak, bernas tak..😉😉

    ReplyDelete
  5. Sabar akak huhu. Elsa rasa akak patut pergi konvo. Bagi semangat dekat graduan tu hikhik

    ReplyDelete
  6. Konvo adik tu pnting jugak. Sabar kak kin ye. InsyaAllah dipermudahkan. Baiki dulu peti ais. Yg ipoh tu schedule balik bajet cm mne. Tong tong dgn husband ke hihi

    ReplyDelete
  7. salam singgah sini dan follow.. tak tahu nak fikir yang mana satu..serentak sekaligus huu .. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. susah juga takde peti..
    dah penah rasa.
    susah nak masak sebab takde tempat nak letak barang basah.
    try lah tong tong dengan mereka-mereka yang ikut ke konvokesyen.
    inshaAllah mereka faham.. ^_^

    ReplyDelete
  9. alamk aii.dilemma betul ni sis.peti sejuk kot.duit konvo bleh la pinjm mne2 kjap or mne tau insyaAllah de rezeki t

    ReplyDelete
  10. Insyaallah saya doakan ada rezeki awak ya😊

    ReplyDelete
  11. Mis Diarios : terima kasih.. =)
    Noor Maizan : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..
    Nor Azimah : hehehe bernas, insha allah akan dipertimbangkan... terima kasih..
    Shaidatul Aireen : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..
    Ayunie Ramli : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..
    Wani Sukarno : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..dan terima kasih kerna sudi follow.. =)
    Gee Lion : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..
    Amy Hilmirda Daud : yea memang susah sangat, nak masak pun fikir dua tiga kali...
    Mas : terima kasih atas pendapat awak, insha allah akan dipertimbangkan..
    Aienzunnur : Amin... Terima kasih..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧