✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, October 13, 2016

Ceritera semalam


Assalamualaikum wbt...

Kisah nie patutnya saya citer semalam tapi tau ajelah, laptop kat rumah memang dah jahanam terus, nak tulis kat tablet memang lambat giler dan tak boleh nak edit2 sangat, so citer nie saya forward kan ke hari nie..

Kisah Nokia XpressMusic 5800, berlaku kat opis tingkat 2.. Masa tue saya tengah menuju ke arah lif untuk turun ke bawah, kat dua tangan nie memang penuh dengan fail dan surat2 yang diambik daripada pigeon hole di tingkat 2, biasanya saya memang tak bawak handphone tapi semalam gatal sangat nak bawak.. Biasalah baju kurung nie takde poket so terpaksa pegang di tangan.. Masa tengah berjalan lenggang2 kangkung dengan tangan penuh dengan fail dan surat, tiba2 handphone saya terlepas di tangan dan jatuh atas lantai, apa lagi pecah berderai la, dengan bateri habis tercabut... huhuhu (╥﹏╥) Tapi nasib baik ianya dapat digunakan semula walaupun sebenarnya dah banyak kali dah jatuh berderai.. Memang jenama Nokia nie tahan lasak kan, sampaikan suami saya suruh tukar phone sebab katanya orang zaman sekarang dah tak pakai lagi dah phone jenis Nokia nie... hehehe bukan taknak tukar tapi selagi ianya belum rosak sepenuhnya dan memang takleh pakai, selagi itulah saya akan gunakan khidmat Nokia nie, maklumlah telefon legend.. Rasanya dah tak ramai dah pakai jenis Nokia, kan..

Image result for nokiaTeringat zaman masa mula2 bekerja, masa tue hati membuak2 nak beli phone, maklum saja masa tue harga phone sama dengan Iphone 6, tapi belum kesampaian,, Setelah hampir setahun, barulah saya dapat phone, pilihan utama saya adalah Nokia 5110,  yang harganya RM750, walaupun saya tau masa tue memang agak mahal.. Masa tue bermula lah mencari ringtone yang boleh ditaip melalui phone nie.. Ingat lagi tak..? Masa tue memang ada buku ringtone yang dijual di pasaran dan ianya menjadi kegilaan orang.. Hayat Nokia 5110 nie tak lama pun dengan saya sebab saya bagi pada adik untuk digunapakai, lalu saya pun beli satu lagi phone Nokia jenis 3310, kemudian bertukar lagi dan beli Nokia 2300.. Tapi masa tue, sifat manusia yang sememangnya ada dalam diri nie, perasaan cemburu terlintas di hati takala tengok kawan mempunyai phone yang lagi canggih dan boleh dilipat serta mempunyai gambar berwarna dan kamera dan saya bertukar jenama daripada jenama Nokia ke jenama Samsung tapi saya tak ingat jenis apa phone Samsung tue, tapi ummie saya pulak nakkan phone nie sebab katanya phone nie nampak kecik dan comel.. So saya bagilah pada ummie dan saya bertukar semula ke jenama Nokia... Jenis yang saya pakai masa tue adalah jenis yang boleh dibuat pemain MP3 kerana saya memang penggemar dengar lagu2 MP3 dan pilihan saya adalah jenama XpressMusic 5300... Nokia nie saya beli pada tahun 2004 sehingga akhir hayatnya pada tahun 2008 kerana screennya telah rosak dan sejak tahun 2008 hingga sekarang saya pakai jenama XpressMusic5800 (gambar di atas sekali) yang berfungsi sebagai pemain MP3, dan yang paling penting ada GPS, sebab masa tue aplikasi GPS belum diperluaskan lagi... hehe
Image result for buku ringtone nokia
Nokia 3310
Image result for nokia 3315
Nokia 2300

Image result for samsung flip phone
Samsung jenis flip tapi lupa jenis nya..

Image result for nokia
Nokia 5300 

Tablet..? Saya cuma pakai tablet jenis Samsung Galaxy Tab 2, 7" jea dan masih lagi kekal gunakannya dan buat masa nie belum rosak lagi, screen pecah2 pun takde lagi sebab takde anak kecik hehe..

Itulah ceritera semalam dan Alhamdulillah, phone saya masih bernyawa lagi hingga ke saat nie.. Akan kusetia hingga ke akhir hayatmu wahai Nokia XpressMusic 5800  ᕙ(`▿´)ᕗ .. 



Share:

3 comments:

  1. Alhamdulillah :) tp legend la kak kin pkai lg phone ni :)

    ReplyDelete
  2. Nokia 5300! Masih siqah simpan sebagai kenangan ❤️

    ReplyDelete
  3. Ayunie Ramli : hehehe akak syg sgt phone tue, lgpun ianya tak rosak walau bnyk kali jatuh berderai.. =)
    Siqah Hussin : Bagus, simpan ia sbg kenangan dan boleh tunjuk kat anak cucu nanti.. =) lagenda tue...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧