✿Sahabatku✿

Follow

Sunday, October 16, 2016

Dapat jugak booking hotel...≧◠‿◠≦✌

Assalamualaikum wbt..
Image result for cute pngLagi sekali sepatutnya entri nie di publish pada hari Selasa lepas tapi disebabkan terlalu sibuk dengan misi pencarian entri untuk blog library saya, sampaikan terlupa nak citer dan publish entri nie...Sori...

Awak ingat tak padaentri nie..? Sama ada nak beli peti ais atau nak pegi ke Ipoh..? Haa, yang pasal peti ais tue, akhirnya peti ais dah beli yang baru, Alhamdulillah, sumbangan pinjaman daripada ummie saya, hehehe.. Tapi walaupun sumbangan pinjaman duit, kami suami isteri akan bayar balik pada ummie.. Pada mulanya kami memang nak beli peti ais dah tapi kebetulan hari tue masa ummie saya datang ke rumah, dia cakap susah betul takde peti ais, nak masak apa2 pun susah.. Padahal kami suami isteri okey jea, ummie saya yang beria2 benar nak beli peti ais.. itulah kasih sayang ummie pada kami... Terima kasih ummie..

Haa... inilah peti ais yang baru..Cantik tak..? Ummie saya cakap dia masih tak percaya dengan harga peti ais nie sebab selalunya jenama nie memang mempunyai harga yang mahal tapi secara kebetulan kedai tue tengah buat promosi barang2 elektrik, so memang kami langkah kanan...

Okey..Habis citer pasal peti ais, berbalik pada tajuk entri nie.. Ingat tak saya penah citer pasal nak pegi konvokesyen adik bongsu di Tanjung Rambutan,, Ipoh... 



Image result for chariton hotel ipoh
Awak tau, punyalah ramai yang nak berkonvo pada 23hb nie, semua homestay dan hotel berdekatan telah fully booking... dua hari tau saya dok belek2 kat Trivago untuk mencari hotel dan homestay yang murah dan dekat dengan lokasi sampai kepala rasa pening.. Akhirnya dapat jugak saya booking sebuah hotel yang jaraknya 18 km daripada Kolej Kesihatan Bersekutu Tanjung Rambutan, okey la daripada takde langsung.. Hotel nie murah jugak la harga sebilik.. Saya telah menempah dua jenis bilik, satu jenis deluxe (RM129.94 semalam) dan satu jenis standard (RM108.00 semalam) tapi hotel nie takde sarapan pagi, tak kisahla sebab hubby saya cakap kat situ banyak kedai makan...

Nasib baik saya bawak hubby jadi dialah yang akan menjadi pemandu pelancong untuk kami, hehehe.. Insha Allah kami akan bergerak ke Ipoh pada hari Jumaat depan, singgah sekejap kat Sungkai sebab nak ambik hubby dan ummie saya pun nakberjumpa dengan besannya jugak.. Yealah, peluang camnie memang payah nak dapat sebab sorang duduk di Perak dan sorang duduk di Terengganu..

So, apa2 nanti saya akan update lagi..

Okey, jumpa lagi..Oyasumi..

Share:

5 comments:

  1. Itulah namanya rezeki awak.. dua pintu lagi tuh.. =)

    ReplyDelete
  2. Haaa kan, setiap kesulitan allah nk bg yg lebih baik :) alhamdulillahh..

    ReplyDelete
  3. Ape beza 2bilik tu ye, harga murah jgk tu...'

    ReplyDelete
  4. Gee Lion : Itulah, Alhamdulillah.. =)
    ♥♥Nur♥♥ : Adik akak yang nak convo.. =)
    Ayunie Ramli : Itulah Mek, Alhamdulillah..
    Cikna : Yang jenis deluxe tue ada 1 katil king dan 1 katil single, jenis standard pulak hanya ada 1 katil king...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧