Friday, October 07, 2016

Hingga ke waktu nie, 100 blog telah jelajah... yeayy.. ✌

Image result for cute love graphic pngAssalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari nie sorang lagi customer urut terapi buang angin telah datang ke rumah tapi kali nie customer tue adalah sorang budak perempuan berumur 6 tahun.. Ibunya berkata pada mulanya anaknya mengalami sakit perut dan telah berjumpa dengan doktor, dan doktor mengesahkan anaknya mengalami sakit angin dalam badan telah diberi ubat gastrik dan ubat angin.. Malangnya sakit anaknya tak berkurangan dan dalam minggu nie saja dah beberapa hari dia tak pergi ke sekolah akibat sakit perut serta angin..

Bila saya mula mengurut anak kecik nie, memang ada angin pada permukaan perut atau lebih dikenali oleh orang kita sebagai kembung perut.. Setelah beberapa lama mengurut, Alhamdulillah sakit anak nie berkurangan dan dia mula rasa nak makan, ibu anak nie bagitahu anaknya takut nak makan pada waktu maghrib tadi sebab takut sakit perut.. Jadi oleh kerana doktor telah mengesahkan anak nie mengalami gastrik, maka saya suruh ibunya memberikan anak nie susu krim penuh untuk diminum serta jangan biarkan dia kelaparan.. Biasalah budak2 zaman sekarang, bila ada peluang bermain, makan pun kadang kala diabaikan..

Bila mereka semua dah balik, tiba2 rasa lapar pulak tapi petang tadi, saya dah melantak 5 biji pau yang lembut.. hehehe ambik kau, 5 biji sekali hadap, manalah berat badan nak turun camnie.. huhuhu last2 saya masak nie jea, yea sayur sawi putih bersama dengan telur hancur.. Mesti awak akan fikir saya nie vegeterian kan.. Sebenarnya memang inilah kegemaran saya selain daripada salad kentang dan semua jenis kentang.. 


Hehehe lari dari tajuk, tulis kat subject post, 100 blog telah berjaya saya jelajah.. Yeayy...  Insha Allah pada hari esok, saya akan jelajah lagi blog yang telah awak semua letakkan dilink page ini.. Wish me luck okey..

Jaa nee..Oyasumi minna-san...


5 comments:

  1. Awak pandai mengurut? Wahhh.. bestnya, bukan semua orang ada gifted gitu. My husband ngurut orang, esok lusa badan dia pulak sakit2 tersampuk gitu. Hak3..

    Selamat BW ye Shikin. Chaiyoookk!

    ReplyDelete
  2. Gee Lion : Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada saya.. Ooo yea ke..? Mungkin badannya tak tahan kot.. TQ for your support.. =)

    ReplyDelete
  3. Hoisss rajinnye shikin... Lea tak punya masa sangat nk BW... Hurmm.. :(

    ReplyDelete
  4. Wuhhh bkn kerja mudah tu kak kin nk jlajah 100 blog :) tabikkk laa :)

    Mek tk suka sgt dgn sayur --'

    ReplyDelete
  5. hihi..tahniah kak ikin! sy nk urut jgk!>.<

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧