✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, October 04, 2016

Nasib baik ada nombor back-up.. Kalu tak.. huhuhu ^︵^

Assalamualaikum wbt..

Semalam adalah hari terakhir hubby berada di rumah untuk bulan nie, dan dia terpaksa kembali ke Sungkai untuk mencari rezeki keluarga kami.. Dan semalam jugak ummie dan adik bongsu kembali ke rumah adik keempat kerana tuntutan tanggungjawab.. Awak tau, semalam saya tak berapa sihat nak memasak dan ummie saya mencadangkan kami makan kat luar..


Image result for restoran al rawsha shah alam
*Sumber daripada Encik Google
Hubby saya nie memang dari dulu lagi dah berniat nak bawak ummie dan adik beradik makan nasi arab di Restoran Al-Rawsha tapi disebabkan kekangan masa, kami makan nasi arab di Restoran Saba' Cyberjaya.. Kami memesan Chicken Chop, Sup cendawan, Mandy Chicken ( quarter), Hanith Chicken (quarter) dan Hanith Lamb dengan 2 air epal dan 2 air lemon.. Oleh kerana terlalu lapar, kami dapat habiskan makanan tersebut kecuali si bongsu, dan kami bungkuskan makanan yang tak habis tue....

Image result for restoran saba cyberjaya
*Sumber daripada Encik Google
Kemudian kami bergerak dari restoran Saba' menuju ke Kampung Kemensah untuk menghantar ummie dan si bongsu dan sampai di rumah adik keempat pada pukul 5.30 petang.. Oleh kerana bas yang hubby nak naik untuk balik ke Sungkai pada pukul 9 malam, kami hanya singgah sekejap saja dan terus pulang ke rumah.. Bila dah sampai di rumah, hubby terus mandi dan bersiap2 balik, sementara saya mengemas sikit barangan yang nak dibawak balik.. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pm dan seperti kebiasaan saya akan bertanya pada hubby samada dia ada tertinggal barang ataupun tak, dan dengan yakinnya dia cakap semua dah di bawak..


Image result for cute phone pngSemasa dalam perjalanan, saya teringat yang bateri handphone hubby hampir habis, lalu saya ingin mengecas tapi malangnya handphone tue tertinggal kat rumah.. Mula2 kami ingat handphone terjatuh bawah seat kereta tapi bila saya call memang takde bunyi.. Hubby cakap nak patah balik memang tak sempat sebab bas akan bertolak pada pukul 9 pm..

Nasib baik jugaklah hubby mempunyai dua nombor tapi handphone yang satu lagi tue memang kehabisan bateri.. huhuhu.. Hubby suruh saya bawakkan handphone tue pada 21hb nie disebabkan nak pergi konvokesyen adik bongsu kat Ipoh.. Tapi dia rasa ralatlah sikit sebab nombor yang selalu kami call adalah nombor Celcom dan ianya free bila kami call, manakala nombor satu lagi adalah nombor Maxis, jadi mungkin akan menaikkan bil saya... Dan untuk sementara nie, segala whatsapp dan wechat hubby saya pantau dan akan laporkan pada hubby jika ada mesej penting..

Nasib baik la ada nombor back up, bolehlah jugak nak lepaskan rindu walaupun bil akan melambung tinggi tak lama lagi, tapi bila rasa rindu menguasai diri, akan saya harungi dengan penuh tabah..


Jaa nee..

Share:

4 comments:

  1. Hihi nk wt cm mne. Seb baik ade back up :)

    ReplyDelete
  2. nasib ada hp backup kan.. cuba la guna google hangout ke.. boleh guna di komputer di web browser je..

    ReplyDelete
  3. Bertabahlah bila duduk berjauhan suami isteri.. saya tak pasti samada kuat utk tempuhinya atau tidak. :"(

    ReplyDelete
  4. Mujur ada back up. Klau tidak, pasti tak senang duduk. Huhu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧