✿Sahabatku✿

Follow

Monday, October 17, 2016

Soalan lazim untuk bakal pelatih anggota bomba

Image result for anggota bombaAssalamualaikum wbt..
Adakah awak atau ahli keluarga atau kawan2 terdekat berminat untuk menjadi anggota bomba..? Camne agaknya jika awak nak menjadi seorang pelatih anggota bomba..? Kat entri nie ada 15 soalan lazim mengenai pelatih.. Credit note to Blog Perpustakaan JBPM dan Portal Akademi Bomba DanPenyelamat Malaysia Wakaf Tapai...




1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa Bomba KB29 dan Penguasa Bomba KB41?
Jawapan: Tempoh kursus bagi pelatih Pegawai Bomba Gred KB17 adalah selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Bomba KB29 selama 6 bulan dan Pegawai Kadet Penguasa Bomba KB41 ialah selama 9 bulan. Walaubagaimanapun tempoh sebenar adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempoh ini tidak dikira dengan tempoh Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus serta Kursus Waja Diri.

2. Soalan: Sekiranya saya sedang mengandung, adakah saya dibenarkan untuk menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang sedang mengandung tidak dibenarkan untuk menjalani latihan. Mereka akan ditempatkan sementara di mana-mana bahagian sebelum dipanggil untuk menjalani latihan selepas selesai urusan tersebut dalam kumpulan pelatih yang lain.

3. Soalan: Sekiranya saya mempunyai masalah pernafasan (asthma)/ kecederaan akibat kemalangan, adakah saya boleh menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang mempunyai masalah kesihatan boleh menjalani latihan tetapi bergantung kepada jenis latihan tertentu. Semua pelatih perlu mengistiharkan keadaan kesihatan masing-masing semasa menjalani pemeriksaan perubatan. Kegagalan untuk membuat pengistiharan akan menyebabkan pihak Akademi tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko kejadian yang lebih buruk. Bagi pesakit asthma, anda tidak digalakkan untuk memilih kerjaya ini kerana ia memerlukan kecergasan fizikal dan mental sepanjang masa.

4. Soalan : Adakah saya mesti menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di hospital sebelum melapor diri?
Jawapan: Sebaik-baiknya anda perlu menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sekiranya masa semakin suntuk anda akan dibawa untuk membuat pemeriksaan perubatan selepas melaporkan diri.

5. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa sedang berkursus?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa latihan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan pertama latihan. Kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit akan diberi hanya dengan kebenaran YS Komandan.

6. Soalan: Bagaimanakah cara perhubungan di antara pelatih dengan keluarga?
Jawapan: Pelatih boleh menghubungi keluarga dengan menggunakan surat sahaja. Sekiranya keluarga ingin menghantar surat kepada pelatih, keluarga boleh menghantarkan kepada alamat berikut:-

Kepada: Nama Penuh Pelatih
Nama Platun (Nama Kursus)
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman.


banner2fgfg

7. Soalan: Adakah saya akan dibayar elaun semasa menjalani latihan?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibayar elaun. Semua pelatih dianggap telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam. Oleh itu, semua pelatih layak untuk dibayar gaji penuh beserta dengan elaun yang berkaitan. Walaubagaimanapun, proses untuk gaji pertama akan memakan masa selewat-lewatnya 2 bulan selepas mula berkhidmat.

8. Soalan: Saya tidak pernah bekerja dan saya tidak mempunyai akaun KWSP. Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu ke pejabat KWSP?
Jawapan: Tidak perlu. Sila maklumkan kepada pegawai semasa melapor diri dan anda akan dibawa ke pejabat KWSP berhampiran untuk membuka akaun KWSP.

9. Soalan: Adakah semua keperluan boleh dibeli semasa dalam berkursus seperti sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan pewangi bilik?
Jawapan: Semua keperluan tersebut boleh dibeli di Kiosk PESKKAB, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.

10. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk tidak memakai tudung kepala semasa berkursus?
Jawapan: Pihak Akademi menggalakkan semua pelatih bertudung kepala untuk memperlihatkan keseragaman.

11. Soalan: Adakah saya dibenarkan balik ke rumah sepanjang masa berkursus?
Jawapan: Semua pelatih hanya akan dibenarkan untuk balik kerumah selepas 2 bulan menjalani latihan atau selepas menerima gaji pertama. Cuti yang diberi hanyalah cuti hujung minggu.

12. Soalan: Adakah saya perlu membawa sendiri semua ubat-ubatan seperti panadol dan minyak panas semasa melaporkan diri?
Jawapan : Semua keperluan ubat-ubatan peribadi perlu dibawa sendiri. Walaubagaimanapun, pihak akademi ada menyediakan keperluan ubat-ubatan sekiranya perlu.

13. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk membawa wang tunai sepanjang masa latihan?
Jawapan: Semua pelatih boleh membawa wang tunai tetapi tidak digalakkan untuk membawa wang tunai melebihi RM500. Semua makan dan minum pelatih adalah diberi secara percuma sehingga tamat latihan. Sekiranya perlu, pelatih boleh memasukkan wang ke dalam bank dan mengeluarkan apabila perlu.

14. Soalan: Adakah keluarga dibenarkan untuk menghantar saya semasa melapor diri?
Jawapan: Ya. Keluarga boleh menghantar pelatih semasa melapor diri tetapi keluarga hanya dibenarkan berada di kawasan akademi sehingga jam 12 tengahari.

15. Soalan: Adakah saya perlu membawa pakaian untuk keperluan sehingga tamat latihan?
Jawapan: Anda hanya perlu membawa lebih kemeja lengan panjang putih, stokin putih, kasut putih dan seluar track bottom hitam. Selain daripada itu anda tidak perlu membawa seluar denim, seluar track bottom pelbagai warna, kasut sukan pelbagai warna, baju t-shirt berkolar pelbagai warna dan baju t-shirt tanpa kolar. Semua baju yang dipakai sepanjang masa latihan telah ditetapkan dan terkandung dalam surat panggilan melapor diri.


Semoga dengan soalan lazim nie dapat memuaskan hati kepada para pelatih.. Best of luck..

Share:

2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧