Monday, October 31, 2016

Throwback stories last episode

Image result for cute awesomeAssalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada hamba2Nya untuk bernafas di bumi yang indah dan cantik dan untuk bertaubat serta dapat beribadat kepada Allah SWT.. Yang penting kita jangan lupakan Allah kerana Dialah yang memberi kita nyawa dan rezeki melimpah ruah dan yea memang betul rezeki yang kita dapat adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri tapi tanpa keizinan daripada Allah SWT, maka kita takkan dapat rezeki walaupun kita berusaha keras untuk mendapatkannya...

Ehh..ehh.. pagi2 dah beri tazkirah pada suma, maaflah, sebab waktu saya menaip entri nie saya tengah mendengar lagu daripada seorang kanak2 Syria yang menyanyikan lagu tentang penderitaan kanak2 Syria.. Tajuk lagu tue adalah A'thuna Al Thoufuli by Sima..Memang bait2 lirik tak berapa nak faham sebab dinyanyikan dalam bahasa Arab tapi liriknya telah menyentuh perasaan saya dan terfikir alangkah beruntungnya rakyat Malaysia yang aman tanpa ada sengketa dan melalui peperangan.. Tak terbayang di fikiran andainya berlaku lagi peperangan di negara kita nie, ناودزوبيلة مين دزاليك

Ya Allah..Haihh..tak tahulah nak cakap..

Okey, dah melalut2 pulak saya nie kan.. Saya nak sambung citer perjalanan saya yang berepisod terakhir nie.. 

Setelah adik selesai berkonvo kira2 pada pukul 5.30 petang, kami terus bergerak balik ke Sungkai dan bermalam di sana sebelum kami balik ke Sepang sebab ummie tak bagi driver2 nie bergerak pada waktu malam, bahaya katanya.. Lagipun pada malam Isnin tue hubby dah mula bekerja setelah dapat bercuti dua hari so kiranya kami hantar hubby balik.. Sampai saja di Sungkai, kami terus check-in di hotel bajet Sri Malim, berdekatan dengan rumah hubby dan setelah tue kami sempat singgah di rumah mak sedara hubby di Trolak Utara dan kami dapat menikmati makan malam di sana.. Setelah berborak selama 2 jam, kami pun bertolak balik ke Sungkai sebab ummie saya terlalu risaukan keadaan hubby yang perlu masuk kerja semula, hehehe.. 

Pada mulanya ummie saya suruh tidur di rumah mak mertua saya tapi hubby kata saya tak payah tidur di situ dan minta saya temankan ummie tidur di hotel, lagipun sebelum nie pun saya memang tak tidur di rumah jika hubby bekerja waktu malam.. Saya akan ikut hubby bekerja dan kami tidur dalam kereta, hairan bin ajaib kan... hehehe sebenarnya bukan saya taknak dan tak sudi tidur di rumah mak mertua tapi mak mertua yang suruh saya ikut hubby sebab katanya kesian hubby kerja sorang2 dan takde peneman untuk berborak.. "Dahlah korang berdua jarang2 berjumpa, balik sini pun jarang jugak berjumpa sebab siangnya Along (panggilan hubby) kerja jugak, malam pun kerja jugak.. Lebih baik Nur ikut Along bekerja," kata mak mertua setiap kali saya balik ke Sungkai.. hehehe...

Okey, sambung balik citer perjalanan tue, kan dah melalut citer lain..hehehe.. 

Kami bermalam di Hotel Sri Malim Sungkai iaitu sebuah hotel bajet yang berharga RM100 + RM50 deposit (dipulangkan semula) untuk sebuah bilik jenis family room.. Lokasi hotel bajet nie tak berapa jauh daripada pekan Sungkai dan Hot Spring Sungai Klah, dan kalu cuma nak bermalam berhari2 tue saya tak berapa syorkan sebab kurang memuaskan.. Kalu setakat nak bermalam untuk sehari dua tue okeylah.. 

Lokasi Hotel Sri Malim Sungkai


Pandangan daripada depan..


Bilik jenis family, harganya RM100 semalam.. Okeylah..

Setelah kami check-out, adik lelaki kata dia nak pergi mandi di Hot Spring Sungai Klah dan ummie saya pun nak berendam kakinya dalam kolam air panas.. Memandangkan hubby saya merupakan seorang penduduk tempatan Sungai Klah, kami dapat harga tiket separuh harga daripada biasa.. Kalu tak, harga tiket masuk ke Hot Spring Sungai Klah adalah seperti di bawah..

Image result for harga tiket hot spring sungkai 2016

Kami naik trem untuk masuk ke dalam Hot Spring dan kami bernasib baik sebab masa kami pergi ke sini, orang tak ramai sangat memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja dan bersekolah, jadi kawasan nie tak menjadi sesak sangat.. Ummie saya yang tak pernah naik trem berasa cuak untuk menaikinya apatah lagi bunyi trem nie sama seperti mesin bajak yang agak bising, hehehe.. 

Awak tau, hanya adik lelaki dan hubby jea yang mandi kolam air sejuk dan panas dan kami yang tiga beranak nie terkebil2 tengok diorang mandi.. Saya tak jangka pulak mereka nak ke sini sebab pelan asalnya lepas kami bersarapan pagi kami terus balik ke Sepang dan saya perlu menghantar ummie dan adik ke rumah adik keempat di Kampung Kemensah, KL.. huhuhu jadinya saya memang takde bawak spare baju nak mandi.. 

Bergambar dengan family.. Hubby memang selalu takde dalam gambar sebab dia lebih suka jadi cameraman..

Betapa gembiranya dua anak muda nie mandi manda... tension ooo tak dapat mandi..huk..huk..

Gambar kandid dua beranak.. 

Adik lelaki berendam dalam kolam air panas bersuhu 35 darjah celcius hingga 40 darjah celcius...
Setelah selesai mandi manda selama 3 jam, akhirnya kedua2 anak muda nie naik jugak ke daratan dan kami terus bergerak ke tempat merebus telur.. Saya beli telur dalam 18 biji dengan harga RM5 untuk satu bekas mengandungi enam biji telur.. 
Betapa gembiranya orang nie dapat merebus telur, saja bagi peluang kat si teruna nie...

Asyik2 hubby jea jadi cameraman, saya pulak ambik alih.. Tengoklah tue.. makan tak ingat pada camerawoman nie..huhu

Ummie saya membuat rekod tersendiri dengan makan telur sebanyak 4 biji yang sebelum nie paling banyak pun dia makan cuma dua biji saja, tapi katanya rasa telur separuh masak nie berlainan sikit.. Pada mulanya ummie kata kenapa saya beli banyak sangat telurnya dan mungkin tak habis dimakan tapi lain pulak jadinya.. hubby dan adik bongsu pun sama naik dengan diorang, masing2 makan 4 biji telur cuma saya jea dapat makan dua biji telur..huhuhu sedih tapi gembira sebab dapat gembirakan mereka.. sayangnya dua orang adik lagi takde bersama2 kami, iaitu adik kedua dan adik keempat, masing2 baru habis berpantang dan ada baby kecik lagi.. takpe..takpe..lain kali Kak Nur bawak korang pulak ke sini.. 

Setelah penat makan telur, kami pun bergerak ke tempat kerja mak mertua kerana besan nak bertemu besannya.. Kemudian kami makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah, lokasinya berdekatan dengan susur keluar Tol Sungkai.. maaflah kali nie gambarnya takde sebab masa kami sampai di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah, orang dah ramai untuk menikmati makanan di situ, sebab dah tiba waktu makan tengahari bagi yang bekerja... Gambar yang saya ambik nie adalah sumber daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah.. 

Sumber gambar daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Dulu lokasi kedai nie berhampiran tepi jalan masuk ke Hot Spring Sungai Klah tapi setelah sekian lama dengan kehadiran orang untuk menikmati makanan, mereka akhirnya dapat buka sebuah kedai yang besar lagi selesa untuk mereka yang ingin rasa nasi buluh yang unik dan tersendiri.. Dengar citer kedai nie mendapat kerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri Perak dan menjadi salah satu destinasi tempat makanan yang wajib dikunjungi oleh orang ramai yang berkunjung negeri Perak.. Konsep kedai nie adalah berhidang seperti makan di rumah dan harga makanan di sini berpatutan jugak..
Inilah rupanya Nasi Bamboo.. Nasi disumbat dalam buluh dan ianya dikukus.. Makan pulak dengan pelbagai jenis lauk pauk kampung, perghh..sedap...Gambar daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Suasana kedai Nasi Bamboo yang dulunya kecik, lokasinya menghala ke Hot Spring Sungai Klah.. Sumber gambar ini adalah daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Dah kenyang, kami pun bersalam2an dan kami pun terus balik ke Sepang.. sedih jugak rasanya sebab terpaksa berpisah dengan hubby tapi apakan daya, kami mencari rezeki demi kebahagiaan rumahtangga, asalkan dalam diri kami ada kepercayaan pada pasangan.. 

Itulah episod akhir perjalanan saya ke Ipoh.. Bak kata orang sambil menyelam saya minum air... kan..kan.. Jaa nee..


7 comments:

  1. Huiss cam menarik tempat ni shikin...

    ReplyDelete
  2. aiyakkk...
    kalau Cik Nur tengok beratoq panjang tengah-tengah panas gini memang idok lew... mau menangis hahaha

    ReplyDelete
  3. Nurzakiah Hanum, Unni Anje : Memang best sgt..
    Lea Azleeya : Hihi memang menarik Lea, listkan tmpt tue dlm holiday planning awak.. mesti seronok.. =)
    ♥ ♥CikNur ♥ ♥ : Gambar yg beratur panjang tue, tempat lama CikNur, dah tutup pun, sekarang kedainya dah besar dan berbumbung, selesa sgt2 dan tempat parking pun agak luas tapi selalunya penuh hingga ke bahu jalan... =)

    ReplyDelete
  4. syoknya mandi kolam panas..siap rebus telur lg..hii

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧