✿Sahabatku✿

Follow

Friday, November 11, 2016

6 kesan untuk para ibu tahu mengenai tabur bedak pada bayi

Image result for tabur bedak pada bayi
Assalamualaikum wbt...
Kebiasaan ibu2 mesti akan taburkan bedak pada bayi, kan., tak kiralah bedak bayi ke atau bedak biasa tue ke, tapi awak tau tak ada 6 kesan buruk jika kita taburkan bedak pada bayi.. Kesan2 tue adalah..

1. Punca pneumonia
Bila terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru anak awak dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.

2. Risiko kanser ovari
Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Pediatrics kekerapan menyapu bedak pada bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.

3. Mengeringkan selaput lendir
Terlalu banyak menyedut bedak bayi secara tidak sengaja oleh menyebabkan selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk menyaring kotoran di dalam tubuh badan manusia.

4. Kesukaran bernafas
Kadang kala ada bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa di bawa ke hopital. Setelah diperiksa doktor, kesukaran tersebut berpunca akibat terlalu banyak terdedah pada bedak bayi. Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.

5. Risiko jangkitan bakteria
Kekerapan menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari taburan bedak mampu sampai ke kawasan vagina menuju ke organ genital lebih dalam. Lama-kelamaan ia akan semakin banyak berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.

6. Meningkatkan risiko pembengkakan
Bedak bayi juga boleh memberikan kesan pembengkakan kerana berlaku tindak balas pada sistem badan. Sistem badan beranggapan taburan bedak sebagai benda asing yang mesti dibasmi atau dikeluarkan. Oleh itu badan melakukan tindak balas dengan mengeluarkan pembengkakan.

Tapi ianya bukanlah bermaksud ibu tidak boleh langsung memakaikan bedak pada bayi tetapi perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Contohnya ;

* Pilih bedak yang dibuat daripada cornstarch.
* Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di tapak tangan anda, kemudian baru disapu secara rata ke badannya.
* Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.
* Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.
* Jauhkan bedak daripada capaian si kecil. Ramai ibu gemar memberikan sebotol bedak sebagai mainan bayi terutama ketika sedang memakaikan lampin atau baju. Anak awak mungkin tidak sengaja membuka bedak tersebut dan disapu di seluruh badan dan mukanya. Ia mendedahkan anak awak kepada bahaya yang disebutkan di atas.

Sumber: http://hamil.co.id
Image result for starlavenderluna png
Share:

3 comments:

  1. Hi kak ekin kpop pop hehe. Thnakyou share. selama ni dok tgok mak2 pakaikan bedak baby tu leklek je. emm

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧