Saturday, November 12, 2016

8 cara untuk hilangkan aerophobia (ketakutan pada kapal terbang)

Image result for aerophobiaAssalamualaikum wbt..
Mesti ada di kalangan kita yang mempunyai perasaan aerophobia iaitu ketakutan pada kapal terbang, apatah lagi sejak akhir2 nie kita dikejutkan dengan beberapa berita nahas melibatkan kapal terbang...

Pagi2 nie saya nak berkongsi sikit cara untuk menghilangkan perasaan fobia tersebut..

1. Pergi awal ke lapangan terbang
Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan awak lebih teruk. Bayangkan apabila jantung berdegup kencang, ini akan menyukarkan keadaan untuk awak menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas.



2. Latih dengan penerbangan domestik
Ini pilihan terbaik, biasakan diri dengan penerbangan domestik seperti KL-KT hanya 40 minit perjalanan atau KL-KB. Agak dah rasa ok, boleh terbang jauh-jauh pergi ke tempat lebih jauh.



3. Bawa buku atau iPad
Salah satu cara kilat yang boleh ubah perhatian awak daripada berfikir tentang rasa takut kepada fokus membaca buku atau bahan lain dalam iPad.



4. Elakkan kopi dan teh
Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Jadi eloklah awak minum air masak atau jus buah-buahan.



5. Jangan tidur sebelum naik
Bila awak tak cukup tidur, confirm dalam flight nanti awak akan lena tidur. Jadi pastinya awak tak sempat nak fikir soal takut!



6. Kena pandai pilih tempat
Buatlah tempahan awal, tempahan online boleh membantu awak melihat kedudukan tempat duduk yang awak mahukan. Buat awak yang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. Ini kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya.



7. Layan lagu
Simpan lagu-lagu yang best dalam phone dan awak boleh pasang lagu sekuat hati tapi jangan awak turut menyanyi sesuka hati. Ini boleh ganggu orang lain!



8. Naik dengan 'kesayangan'
Nampak kelakar tapi serius cara ini membantu. Kalau dah seronok dengan orang tersayang di sisi, mana ada masa nak fikir bab takut. Haruslah tunjuk berani lebih! Cuba, dulu sekali!



3 comments:

  1. Nice info. Alhamdulillah saya bukan salah seorang yang menghidap aerophobia

    ReplyDelete
  2. Mek tk de la smpai takot nk naik kapal trbang. Biasa je. Tp klau spouse mek mmg dia gerun time nk depart and landing --' pucat muka

    ReplyDelete
  3. nasib la unni xda peyakit ni.. nice info sis

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧