✿Sahabatku✿

Follow

Monday, November 14, 2016

Bacaan untuk wanita... Kuasa senaman kegel (kemut)..

 Kuasa Senaman Kemut Buat Kaum Wanita. Sekali Buat, Kesannya Luar Biasa!
Assalamualaikum wbt..
Penah tak awak alami situasi nie, bila terbatuk jea mesti akan terkencing walaupun hanya keluar sedikit saja.. Malah lagi teruk jika batuk kita berterusan, maka lebih banyak kita terasa terkencing dan mesti kita rasa was-was terutama nak bersolat,kan..

Ini bermakna awak mempunyai simptom lemah pada otot pelvis.. Awak tentu penah dengar senaman kegel atau lebih dikenali sebagai senaman kemut.. Tapi ramai yang salah anggap senaman ini hanya untuk wanita berkahwin saja sebab nak menguatkan otot pelvis kita.. Sebenarnya simptom lemah pada otot pelvis bukan saja dialami oleh wanita berkahwin, malah gadis dara sunti jugak mempunyai peratusan yang agak tinggi.. Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan. Jika kita tak tangani dengan segera, tentu ianya akan membuatkan kehidupan kita terganggu lebih2 lagi bila waktu solat... Bayangkan, sewaktu kita solat, tiba2 kita terbatuk dan terus terkencing, sudah tentu solat kita secara automatik terbatal, terpaksa ambik wuduk lagi, lebih teruk jika air kencing telah terkena pada pakaian solat..Kalu kita alami situasi nie di rumah tak mengapa, tapi apa yang berlaku andainya situasi nie berlaku di luar rumah seperti di surau ataupun masjid..? Sudah tentu ianya menjadi masalah besar jika kita tak tangani segera..

Saya nak kongsi cara untuk membuat senaman kegel nie..Semoga info nie memberi manfaat pada semua wanita dan gadis di luar sana..

  1. Kenalpasti otot pelvis tersebut.
  2. Kemutkan otot tersebut seperti awak menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa awak terasa mahu kencing, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing awak kosong. Sebab menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.
Nota :
  1. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring.
  2. Apabila awak sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan.
  3. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali.
  4. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.


Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, samada masa awak sedang menonton tv, tengah memandu ataupun ketika duduk dalam opis... Cukup begitu mudah, bukan..?

Share:

3 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧