✿Sahabatku✿

Follow

Saturday, November 19, 2016

Cerita Semalam.. Let's Get F.I.T...!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hari tue saya ada bagitau yang semalam kena bersenam, kan.. Well apa yang saya dapat rumuskan (ewahh..) adalah agak seronok jugak walaupun penatnya Ya Rabbi.. huhuhu macam sahabat2 saya cakap, nak putus urat kaki..



Mana taknya, semalam cuaca pun agak elok sikit walaupun mendung nak hujan, dan kami kena berlari mengelilingi bangunan sebanyak 2 kali round.. Kalu jalan rata takpelah jugak nak berjogging, nie bangunan opis ada turun naik bukit.. huhuhu semput jugak la semuanya, nasib baik bukan saya sorang jea yang semput, hehehehe.. Kali nie saya cuma berlari2 anak jea sebab taknak memaksa kaki nie bekerja kuat, maklumlah lepas bersenam, nak balik rumah pulak, dahlah pakai kereta manual...

Mula2 tue, kami buat warm-up dan instructor nya adalah daripada 2 orang cik adik Kem. Kesihatan Malaysia.. Haa apa lagi, yang seronoknya adalah budak2 bujang anggota bomba nie la..hihihi,, Lepas buat warming up, kami pun kena berlari dua kali round satu bangunan dan lepas tue kembali ke tempat lapang semula.. Part nie la semua orang sakit bahagian lutut hingga ke kaki, sebab instructornya memang mementingkan senaman bahagian lutut ke kaki... Adoiii, penat woo..

Walaupun penat, sempat lagi kami berdua amik gambar, hehehe.. Lepas tue, aktiviti diteruskan dengan berpecah kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan wanita.. Lelaki macam biasalah sukan yang biasa mereka main adalah pingpong, futsat dan sepak takraw..  Manakala kaum wanita pulak masuk dalam Dewan Sutera untuk melakukan aktiviti senaman..Mula2 kami semua ingatkan nak berzumba atau bersenam robik tapi, huhuhu.. Instructor masih lagi mementingkan senaman kaki, tapi nasib baik buat secara duduk atas kerusi.. Kami diajar camne nak menjaga kesihatan rahim dan kempiskan perut dengan bersenam.. Camne cara..? 


Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan.
 

Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula. Kita kena ulang step nie selama satu minit..


Lepas tue, duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha awak..

Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada. Tahan selama tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal. Kena ulang selama satu minit. 

Image result for senaman atas kerusi
Kemudian duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi awak. Hembus nafas semasa awak mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat awak. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan.

Step2 nie ramai yang tak dapat nak buat tapi kami tetap cuba jugak walaupun tak boleh... Lepas kami bersenam atas kerusi, aktiviti diteruskan dengan membuat senaman yoga dan menakjubkan kami semua berasa amat tenang sekali dan macam biasalah kami berdua ambik gambar..hehehe



Habis saja beryoga, kami beramai-ramai ambik gambar dengan instructor2 yang comel.. Nak tau yang mana satu..? Tuee... Awak nampak tak dua orang gadis yang berpakaian putih kat belakang sekali.. Itulah instructor kami daripada Kementerian Kesihatan Malaysia... 

Dan akhirnya tamatlah sudah hari sukan untuk kami, Insha Allah pada 2hb Disember nie kami akan bersukan lagi, maklumlah dah jadi 2 kali sebulan.. Redha jea la.. Hihi saya bukan tak suka bersukan, tapi bab nak berlari tue jea yang lemah sikit..hihi

Jaa nee..

Share:

4 comments:

  1. wahh best kak shikin.. btw jeles tgk rumah baru akak pink2 gtu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sbnrnya akak tak suka sgt kaler pink tapi ntah napa rasa terpaut hati pada kaler nie..

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧