✿Sahabatku✿

Follow

Monday, November 21, 2016

Kenapa pentingnya untuk keluarkan angin dalam badan..?

Related image

Assalamualaikum wbt...
Kentut.. Setiap orang pasti mengalaminya kan..? Lagi memalukan jika kita 'terlepas' di tempat-tempat awam, malu weyhhh., lebih2 lagi jika angin yang terkeluar tue memberi satu 'haruman' yang sungguh 'menyenangkan'.. 

Tapi awak tau tak sebenarnya kentut tue penting lebih2 melibatkan kesihatan dalaman kita dan ini adalah fakta2 yang benar lagi unik.. Jom kita selidik..

 Kentut yang tidak berbau biasanya terjadi kerana seseorang itu menelan udara ke dalam sistem pencernaannya.
Makanan sihat seperti brokoli dan badam yang mengandungi banyak sulfat menyebabkan bau kentut semakin busuk. Zat dalam sulfur yang bernama mercaptans, biasanya terdapat dalam daging dan produk susu, juga boleh menyebabkan bau kentut yang tidak menyenangkan.
Secara purata, rata-rata orang mengeluarkan angin sebanyak 10 kali dalam sehari. Itu menandakan sistem pencernaan badan mereka dalam keadaan baik.
Dalam masa 24 jam, seseorang itu boleh mengeluarkan lebih dari dua liter gas kentut dan itu merupakan sesuatu yang normal.
Kentut berlebihan juga tidak elok kerana itu menunjukkan sistem usus awak tidak sihat. Untuk masalah ini, elakkan minum susu pada waktu perut terlalu kosong.
Ketahui bahawa lelaki lebih banyak mengeluarkan angin jika dibandingkan dengan wanita. Ini berkemungkinan kerana lelaki makan lebih cepat jika dibandingkan dengan wanita.
Sebenarnya tabiat suka mengunyah gula-gula atau manisan akan membuatkan anda lebih sering terkentut. Fakta ini berdasarkan American College Of Gastroenterology.
Sebenarnya kentut yang keluar itu adalah gas yang terkumpul di dalam usus dan sebenarnya tabiat mereka yang suka menahan kentut adalah tidak elok untuk kesihatan angin di dalam perut.
Mereka yang tiada masalah dengan sistem pembuangan air besar akan mendapati ketika membuang angin ia akan mengeluarkan bunyi yang sedikit sahaja. Sementara bagi mereka yang memmgeluarkan angin dengan bunyi yang kuat itu menandakan mereka mempunyai masalah dalam sistem pembuangan air besar.
Ketahuilah bahawa makanan yang kita makan sehari-hari boleh menjadi penyebab kepada bau yang kurang menyenangkan saat kita mengeluarkan angin. Namun jangan sesekali menahannya kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan perut kita semua.


Share:

4 comments:

  1. makanan manisan menyebabkan lagi nak kentut? haha baru tauuuu! Tq 4 sharing xD

    ReplyDelete
  2. wahh ptt la keerap kentut suka makan manis upanya..hahahaha.. thks kak shikin.. btw comel header akak :P

    ReplyDelete
  3. Biar betik...
    Makanan manis penyebab kentut???
    hahahaha...


    Posting terbaru AM
    5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Saya selalu ada problem nak kentut, haha sakit ohhh..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧