Friday, November 04, 2016

Legend : Kedai Roti Abdullah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt..
Saya nak kongsi satu kedai roti yang memang satu bandar Kuala Terengganu tahu tentang kedai nie..

Kedai roti Abdullah yang terletak di Batu Burok berdekatan stesen minyak petronas Batu Burok Kuala Terengganu.. Salah satu kedai roti lama yang masih wujud di Bandaraya Kuala Terengganu.. Rotinya memang sedap dan yang paling best ianya adalah hasil daripada orang Melayu yang semestinya halal..

Image result for kedai roti abdullahAwak tahu, kedai nie dah wujud sejak saya masih kecik lagi.. Selalunya bila kami sekeluarga singgah di rumah nenek sedara yang tinggal di pantai Kuala Ibai, kami pasti akan singgah di sini untuk beli roti pakcik Abdullah.. Yang paling saya suka makan masa tue adalah roti ban kaya, tapi ban panjang.. Sedap woo lebih2 kalau masa makan tue cicah dengan air milo dalam situasi mood demam.. hehehe



Sapa2 yang nak rasa roti buatan anak tempatan, bolehlah pergi ke tempat nie.. Kedai Roti Abdullah terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) dan berhampiran dengan Hotel Permai Batu Buruk.

Jom kita sokong produk tempatan..

7 comments:

  1. Kalau dah lebih puluhan tahun mesti kedai tu special!.

    ReplyDelete
  2. Bila dah menjadi nostalgia memang x miss nak singgah kann

    ReplyDelete
  3. Menjadi salah satu kedai popular di KT. Pasti sedap sampai boleh bertahan lama. Turun temurun resepinya :)

    ReplyDelete
  4. Haaa, nnt pegi tranung nk singgah la. Tp tk prnah prasan kedai roti ni

    ReplyDelete
  5. @AinAthirah Anuar @Wani Sukarno : Memang nostalgia dan special sgt kedai nie..
    @Siqah Hussin : Ha'ah betul tue sis.. Turun temurun tue..
    @Unni Anje : Betul tue, memang legend..
    @Ayunie Ramli : Bleh jea singgah situ, hehehe kedai nie memang btul2 tepi jalan, kalu bawk keta laju memang tak perasan sgt sebab bangunan dia pun jenis lama...

    ReplyDelete
  6. Singgah sini tgk tempat2 menarik dekat KT sebab ana nak balik sana hujung bulan Mac. Boleh cuba roti dekat sini juga 👍

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧