✿Sahabatku✿

Follow

Monday, November 14, 2016

Serbuk kunyit boleh mencantikkan luar dan dalam..

Image result for kunyit
Assalamualaikum wbt..
Sapa yang taknak jadi cantik kan..? Kadangkala produk kecantikan tempatan tak memenuhi citarasa kita tapi ianya jugak membimbangkan kita takut2 tak serasi dengan kulit...

Awak tau menurut kajian yang telah dijalankan kunyit mempunyai kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet... Dengan sebab itu, sekarang niepun dah ada produk kecantikan yang berasaskan kunyit..

Haa..Hari nie saya nak kongsi cara macamana nak jadi cantik dengan menggunakan kunyit, dengan menggunakan cara tradisional dan bahan2 pun mudah didapati..

Cantik Secara Luaran
1. Guna serbuk kunyit dan campur sedikit air atau jus limau nipis.
2. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.



Skrub
1. Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air.
2. Kemudian sental ke seluruh badan sebelum mandi. Cara ini dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.



Cantik Secara Dalaman
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air masak, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, jus kunyit mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.

Well, awak boleh amalkannya..Selamat mencuba..!

Share:

5 comments:

  1. nk sgt amalkan jus kunyit tu tp xterbuat lagi...hihi

    ReplyDelete
  2. kalau sapu kat muka tak kuning ke muka?

    ReplyDelete
  3. Kak Anum : Trima kasih..
    Lin Azlina : Nantti ada masa free,bleh la buat.. =)
    Ayunie Ramli : Mmg kuning la tapi kalu letak sikit serbuknya, warna kuning tue tak nampak sgt..

    ReplyDelete
  4. enah kawan bgi petua ni, cuba nya je x penah

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧