✿Sahabatku✿

Follow

Monday, November 14, 2016

Tengah viral sekarang..! Beca warna warni di Putrajaya

Assalamualaikum wbt..
Awak penah tengok beca yang disinari lampu berwarna warni..? Ada orang cakap kat Bandung, Indonesia memang dah lama ada beca warna warni nie, tapi sekarang dah tak payah pergi ke Bandung lagi..




Buat julung kalinya beca lampu warna warni pertama berada di Ayer 8, Presint 8 Putrajaya.. Kalu awak nak tengok keindahan kawasan Putrajaya dengan menaiki beca, inilah tempatnya.. Sekali tengok macam kenderaan kartun Flintstones, tapi tentu seronok berkayuh bersama2 dengan keluarga.. Dan dah tentu kanak2 yang paling seronok menaikinya sebab dapat melihat lampu berwarna warni..  Bukankah ianya nampak menyeronokkan..? Harga beca ini sekali naik adalah dalam lingkungan RM30 (untuk jenis kereta) dan RM35 (untuk jenis van)...

Di mana lokasinya..? Ianya terletak di Ayer 8, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya dan nama kedai yang kendalikan beca warna warni ini adalah Bubbles & Beans Coffee Shop... Kedai ini dibuka pada setiap hari, bermula pada pukul 4 petang sehingga 11.45 malam.. 

Nak nombor telefon..? Awak boleh call di talian 03-88936080 ataupun walk in sahaja di Ayer 8, Presint 8...


Share:

16 comments:

  1. Uniknyaaaaa. kretif betul malaysia skrg. abagus2. bykkan lagi tourist attraction

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya Shikin, kena mai malam laa macam ni kan ;)

    ReplyDelete
  3. Bnyk btol tarikan kat putrajaya ni

    ReplyDelete
  4. xpernah nmpak puun..
    ade kul bpe tu..huhu

    ReplyDelete
  5. Ya Allah bestnya.. bila la dpt g kl lagi ni :(

    ReplyDelete
  6. Wow.. Lawanya.. Makin kreatif rakyat Malaysia ini..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaa! Kalau melaka terkenal dengan beca warna warni, putrajaya pulak terkenal dengan kereta warna warni. Fungsi sama macam beca cuma lagi selesa ek. Nak kena terjah Putrajaya nampaknya.. hee

    ReplyDelete
  8. waaa..waa..kena ajak member pegi nie..haha

    ReplyDelete
  9. Kereta beca rm25 per ride, saya tengok kat majalah 3 baru je tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah naik harga.jenis kereta RM30/ride,jenis van RM/35/ride.huhu

      Delete
  10. Bagi kereta beca RM20 dan kereta van RM25

    ReplyDelete
  11. Aminha.. kereta beca RM20.. kereta van RM25

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧