✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, December 28, 2016

10 panduan untuk beli pam susu bagi ibu

Image result for mom and baby silhouette pngAssalamualaikum wbt...
Pam susu payudara adalah benda yang penting bagi kita yang berkerja dan menyusukan anak kerana ianya memudahkan tugas untuk mengepam susu dengan lebih lancar dan sekaligus senang untuk buat stok susu...

Tapi apa caranya kita untuk membeli pam susu yang terbaik? Semoga panduan berikut dapat digunakan sebaiknya ketika membeli pam payudara. Ini kerana setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama lain.

Image result for pump milk png

1. Bajet
Ini faktor paling penting! Beli ikut kemampuan awak, jangan ikut orang lain. Pam yang mahal tidak semestinya sesuai untuk awak. Kini ada banyak pilihan pam berkualiti dengan harga mampu beli. Jika hendak berjimat, awak juga boleh beli pam terpakai yang masih berkualiti atau beli di jualan murah gudang yang menawarkan harga menarik.

2. Jenis
Terdapat empat jenis jam iaitu manual, menggunakan kuasa bateri, elektrik sahaja dan gabungan bateri elektrik. Pam manual menggunakan tangan. Ia agak meletihkan tetapi harganya lebih murah. Ia sesuai untuk ibu yang jarang mengepam iaitu suri rumah.
Pam bateri perlu dipastikan jangka hayatnya bertahan lama. Pam elektrik lebih mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika memiliki pam yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.

3. Keselesaan
Jika tidak selesa bagaimana awak hendak menghasilkan susu yang lancar. Oleh itu pastikan corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai alas getah yang lembut dan selesa.

4. Daya tahan
Jika awak mengepam dengan kerap, pilih jenis pam yang memiliki motor mampu bertahan lama. Jangan terpengaruh dengan harga promosi. Bimbang nanti motor pam awak tidak mampu bertahan lama.

5. Daya hisapan
Sebaiknya pam yang dipilih mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Pam begini akan membantu awak mengeluarkan susu lebih lancar dan tidak membuatkan awak berasa sakit ketika mengepam.

6. Alat ganti
Jangan terpengaruh kepada harga promosi atau rekaan yang menarik. Tetapi pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti yang mudah diperoleh. Selain itu, pam yang dibeli juga mudah ditanggal dan dipasang untuk dibersihkan.

7. Bunyi
Aspek ini tidak kurang pentingnya. Pam yang mengeluarkan bunyi bising ketika digunakan sudah tentu membuatkan awak kurang selesa kerana bimbang orang lain mendengar bunyi pam awak. Dapatkan pam yang senyap atau kurang bunyi. Barulah tenang masa mengepam!

8. Mobiliti
Pam yang bagus adalah jenis yang mudah dibawa ke mana-mana terutama sekiranya awak jenis ibu berkerjaya yang selalu bekerja luar kawasan. Tentu sukar membawa pam yang mempunyai banyak bahagian ke mana-mana.

9. Tunggal atau berganda
Awak perlu memilih sama ada hendak mengepam secara tunggal atau berganda. Bagaimanapun ibu bekerja digalakkan memilih pam berganda kerana boleh mengepam kedua belah payudara serentak dan menjimatkan masa ketika bekerja.

10. Saiz dan berat
Jika awak seorang yang selalu bertugas di luar pejabat, digalakkan memilih pam yang ringan, kecil dan mudah dibawa. Sekurang-kurangnya ia memberi semangat untuk terus mengepam. Maklumlah kalau pam besar dan berat, nanti awak jadi malas hendak mengepam.





Share:

2 comments:

  1. rindu pulak zaman buat EBM nie.. :)

    ReplyDelete
  2. akak lum pernah guna pam susu... rasanya kali ni akak kena beli juga... anak akak yg kedua full bf yg original, hehe... masa tu xpa la akak full time duk belajar.... ni dah masuk keje harus kena cari pam susu gak....

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧