Monday, December 12, 2016

15 Tip Supaya Lebih Disayangi Suami. Biar Dapat Reda Allah!

Image result for wife islamic

Assalamualaikum wbt..


Menjadi isteri yang solehah boleh menjadi tiket kepada para wanita untuk masuk ke syurga. Dalam usaha supaya diri sentiasa disayangi suami, apa kata kita kaum wanita amalkan tip mudah berikut. Selain membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga, ia juga memberikan pahala kepada diri sendiri.



1. Sentiasa senyum dan menunjukkan riak wajah yang manis di hadapannya.
2. Menjadi pendengar yang baik dan memberikan respon positif terhadap luahannya.
3. Bertutur dengan lembut dan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi.
4. Sentiasa menjaga penampilan diri dan pakaian ketika di hadapan suami terutama sekali di rumah. Elakkan memakai pakaian yang lusuh dan buruk.
5. Memakai wangi-wangian dan solekan ketika berada di sampingnya.
6. Mengetahui masakan kegemarannya, mempelajarinya dan menyajikan sendiri di rumah.
7. Mengasuh dan melayan anak-anak dengan baik.
8. Menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan rapatnya.
9. Mengotakan janji-janji percintaan anda terhadapnya.
10. Menjaga barangan yang disayanginya seperti haiwan peliharaan dan koleksi barangan atau gajet kegemarannya.
11. Sentiasa meluangkan masa untuk memberikan urutan bagi menghilangkan stres dan tekanannya.
12. Pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
13. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan suami.
14. Menyediakan pakaian yang sesuai dan bekalan makanan untuknya ke pejabat.
15. Tidak menjalin hubungan mesra yang keterlaluan dengan lelaki lain.
Semoga rumah tangga kita diberkati dan kurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. Bak kata orang-orang lama, syurga terletak di tapak kaki suami..




2 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧