✿Sahabatku✿

Follow

Monday, December 12, 2016

Bersihkan lubang sinki dengan pembersih DIY ini..


Image result for kitchen sinkAssalamualaikum wbt...
Okey, kali nie saya nak berkongsi sikit cerita tentang pembersih DIY ini.. Selalunya kita memang membuang sisa makanan ataupun cecair dalam sinki dan lama kelamaan ianya akan menjadi tersumbat..
Kita akan gunakan pelocok ataupun paling tidak kita akan gunakan air panas untuk membuang segala benda yang tersumbat.. Tapi ianya tak menjamin yang ianya akan menjadi lancar semula..



Jom kita tengok tips ini...Mana tau kot2 ianya boleh membantu...
Bahan-bahan:
3/4 cawan baking soda
1/2 cawan cuka putih
1 helai kain buruk
1 biji lemon


Cara penyediaan:
1. Bersihkan sinki awak dari sisa-sisa makanan dan juga pinggan mangkuk.

2. Tuang semua baking soda ke dalam lubang sinki (pastikan majoriti darinya masuk ke dalam)
3. Seterusnya tuang cuka putih dan serta-merta tutup lubang tersebut dengan kain buruk! Ini kerana reaksi di antara baking soda dan cuka putih akan membuatkan ia membuak-buak buih.
4. Biarkan proses ini berterusan selama 30 minit.
5. Kemudian, tuangkan satu cerek air panas setelah awak buka kain buruk dari lubang sinki tadi.
6. Untuk memberikan sinki awak bauan segar, perah lemon tadi ke dalam lubang sinki dan biarkan ia selama 10 minit. Siap! Kini lubang sinki awak bukan sahaja bersih, malah bebas dari bau busuk.





Share:

6 comments:

  1. Sekali sekala kena bt ni kan kak shikin, kalau tidak sekali tersekat parah kronik nanti.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing cara mudah nak bersihkan sinki. Guna barang2 dapur je :)

    ReplyDelete
  3. sinki aida selalu la problem.
    aduhai stress !

    tq for sharing :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧