✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, December 08, 2016

Hadapi saat putus cinta

Image result for sadAssalamualaikum wbt..
Rasanya kebanyakan daripada kita semua pernah mengalami putus cinta, kan.. Bila dah putus cinta, mulalah berkata dengan diri sendiri, takkan jatuh cinta lagi, tapi sebenarnya itulah kata-kata pujukan hati pada diri tanpa kita sedar sebenarnya Allah telah menetapkan kita dengan jodoh seseorang.. Cuma masa saja yang akan tentukan samada cepat ataupun lambat...

Sesuatu hubungan itu kita tak pernah nak jangka bagaimana corak pengakhirannya, samada bahagia ataupun sebaliknya. Namun bila ianya putus di tengah jalan, kita seharusnya berfikiran positif dan teruskan kehidupan kita, dan antara cara nak hadapi saat2 sedih ini adalah ;

a) Berikan masa pada diri sendiri
Emosi kita memerlukan masa untuk menerima kenyataan yang jalinan cinta sudah berakhir. Beri masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu bersedih kerana ianya hanya merosakkan emosi.

b) Bercerita pada sahabat
Di sinilah pentingnya sahabat. Seorang sahabat boleh jadi pendengar yang baik dan menjadi bahu untuk kita meluahkan perasaan. Percayalah bahawa kita sangat memerlukan sahabat di kala hati dirundung duka.

c) Catat perasaan kita
Menulis mampu meredakan perasaan. Kala putus cinta, cuba luahkan rasa hati anda di atas kertas. Kemudian, koyak-koyakkan kertas itu ataupun simpan di dalam peti besi dan kunci. Ataupun menulis dalam diari tentang perasaan kita..

d) Segarkan minda
Pergilah bercuti ataupun menyewa hotel di ibu kota untuk meredakan perasaan. Bercuti mampu menyegarkan kembali minda yang berserabut. Boleh juga bersukan misalnya bermain bowling. Di samping itu, kita pasti rasa gembira apabila keluar bersama rakan-rakan.

Related image

e) Jaga rutin
Jangan abaikan rutin diri dan sentiasa tetapkan dalam diri untuk mandi, makan, kerja serta beribadat seperti biasa.

f) Elak buka media sosial
Jangan sesekali menulis bahawa kita telah putus cinta di dalam laman media sosial. Kita mungkin mengharapkan simpati daripada rakan, namun siapa tahu ada di antaranya yang bertepuk tangan bila membaca mesej kesedihan kita. Jadi, lebih baik sepikan diri daripada media sosial buat sementara waktu.

g) Jangan hubungi lagi
Perkara yang penting! Ingat, jangan hubungi lagi si dia. Walaupun tangan terasa 'gatal' ingin menghantar mesej telefon bimbit kepadanya jangan sesekali lakukannya. Letakkan sedikit ego supaya kita tidak kelihatan mudah didampingi dan mudah ditinggalkan.

h) Serahkan pada Yang Maha Esa
Yang ini paling penting.. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Anggap saja kita tiada jodoh dengan si dia, dan sentiasa berdoa pada Ilahi agar kehidupan kita diberkati. Jodoh, pertemuan, perpisahan dan maut itu semuanya di tangan Allah dan kita hanya mampu merancang, tapi takdir Allah yang tentukan sejak azali lagi. 

Share:

4 comments:

  1. Setuju dengan point f akak, jangan sesekali bagitahu kat public kita sedang bersedih, ramai sungguh menunggu untuk bertepuk tangan...eh sebenarnya setuju dgn semua point akak,ehehehe. nice entry.

    ReplyDelete
  2. nice entry.. hee~ walaupun zaman putus cintan dah lama berlalu.. tapi kesemua tips memang saya pernah guna.. eh !! mujarab tau..

    ReplyDelete
  3. tips yang bermanfaat hehe

    singgah sini klik2 nuffnang + follow sekali. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu kalau bersedih serah jr ka Allah.. Xperlu prg lain tahu.. Ma Fi Qalbi Ghairullah..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧