✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, December 28, 2016

Sakit gigi..? Rawat secara ekspress...

Image result for tooth pain png
Assalamualaikum wbt...
Awak sakit gigi..? Bila gigi dah sakit nie, rasa nak marah orang pun ada, mood pun bertukar-tukar, yealah..nak makan pun tak boleh, nak bekerja pun serba tak kena dibuatnya dek penangan sakit gigi.. Bila sakit tue datang pada hujung-hujung minggu, lagi lah rasa nak marah.. Sebabnya nak kena tunggu hari Ahad ataupun hari Isnin untuk ke klinik gigi..

Tapi jangan risau, saya nak kongsi beberapa cara ekspress untuk mengurangkan sakit gigi awak tue sementara nak ke klinik pada hari esoknya... Jom kita selidik..

Image result for bunga cengkeh png1) Bunga cengkih
Orang tua dulu-dulu memang suka kunyah bunga ini untuk menyegarkan mulut dan tak tersangka pula ia juga berkesan sebagai ubat 'bius' untuk hilangkan sakit. Ini kerana herba ini memiliki kompaun eugenol yang mana ia merupakan pelali natural. Kulum sebiji atau dua (ikut keselesaan dan tahap kesakitan awak) sehingga rasa sakit awak hilang atau berkurangan.


Related image2) Bawang
Bawang memiliki properti antiseptik dan juga antimikrob yang boleh mengawal sakit gigi. Ia memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi. Jika awak mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan. Kalau tak mampu nak kunyah, ambil sedikit cebisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit tersebut.


Related image3) Air garam
Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menjengkelkan serta membantu mengurangkan bengkak. Kumur selama 30 saat sebelum diludah keluar. Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga menarik keluar cecair penyebab bengkak.




Image result for salt and pepper png4) Garam dan lada hitam
Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini mempunyai properti antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur 1:1 garam dan lada hitam dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.




Image result for tea png5) Teh
Teh hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan dengan berkumur. Anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam dan tuamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara.


Share:

4 comments:

  1. Ju besa kumur ngn garam kalo sakit tu. kalo da xdpt tahan confirm g cabut trus =D

    ReplyDelete
  2. part bunga cengkih tu penah dengar
    abah saya pun masih amalkan sampai sekarang

    ReplyDelete
  3. bunga cengkih tu mmg dari kecik2 dulu kalo sakit gigi, mak suruh buat, kan...mujarab la jugak

    ReplyDelete
  4. Berguna sekarang sedang sakit gusi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧