Teknik atasi masalah kerak kepala bayi

Wednesday, December 07, 2016


Assalamualaikum wbt.. 
Entri kali nie saya nak berkongsi sikit info mengenai bayi pulak, asyik2 citer pasal orang dewasa jea kan.. Ianya jugak boleh jadi rujukan saya di masa depan, Insha Allah..

Kerak kepala bayi, awak penah tengok tak...? Hehe soalan nie saya tanyakan pada yang bujang trang tang tang, pada yang dah jadi mak dan ayah, memang dah sedia maklum pasal kerak kepala bayi nie kan.. Okey, definisi kerak kepala bayi nie adalah ianya kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi yang baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Kerak nie kerap terjadi berlaku di kalangan bayi berusia bawah lapan bulan dan selalunya sering terjadi pada bayi yang mempunyai rambut nipis. Bila kerak nie berada di kulit kepala bayi, secara tak langsung menjadikan penampilan bayi tue sendiri kurang menarik dan menyebabkan bayi menjadi gelisah, gatal pada kepala dan menghidu bau kepala yang tak enak.. Kalu kerak nie menjadi teruk, ianya mungkin boleh menjadi radang atau mendapat refeksi. Ubatan seperti krim anti fungus akan diberikan untuk merawat kerak kepala bayi tapi ada cara tradisional yang boleh membersihkan kerak di kulit kepala bayi..

a) Sediakan minyak atau krim anti kerak kepala, berus rambut bayi dan tuala kecil. Minyak kelapa, santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan kerak kepala.
b) Letak sedikit minyak pada tuala kecil sebelum menggosokkan pada kepala bayi.
c) Gosok menggunakan tuala bayi yang telah diletakkan minyak. Lakukan gosokan di atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan-lahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi mengalami luka atau melecet.
d) Biarkan minyak itu meresap di kepala bayi minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu, biarkan bayi awak bermain dengan permainan kesukaannya.
e) Selepas tempoh itu, dengan menggunakan berus khas bayi, gosoklah pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati tau, sebab kulit kepala bayi masih lagi lembut.
f) Setelah itu, basuh rambut bayi dengan menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan, awak boleh gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi.
g) Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi awak. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi awak. Lakukan pembersihan ini berulang kali sekiranya kerak masih ada pada keesokan harinya dan buat dua kali sehari sewaktu awak nak mandikan bayi awak.
h) Kalau yang gunakan santan kelapa tue, awak kena beli kelapa parut yang fresh, lepas tue, ambil sedikit kelapa parut dalam anggaran saiz 2 sudu besar, letakkan dalam kain lampin atau tuala bayi, bungkuskan jadi bunjut supaya hampasnya tidak berselerak. Kemudian awak perahkan bunjut kelapa parut tue pada kulit kepala bayi yang berkerak secara lembut dan perlahan-lahan. Jangan letakkan air pada kelapa parut kerana boleh kurangkan khasiat santan asli tue sendiri.. Lepas tue, step seterusnya sama seperti step di atas (step 'd' hingga 'g').

Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua. 

4 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧