✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, January 03, 2017

Aksi yang terlalu bahaya untuk ber swafoto





Assalamualaikum wbt...
Hari nie gempar satu Malaysia dan keluar dalam mana-mana suratkhabar, berita tentang sekumpulan anak-anak muda yang ber swafoto secara berbahaya.. Tengoklah.. Diorang memanjat mercu tanda Ipoh dan ber swafoto..

Nak ambik gambar tak salah tapi yang menjadi masalahnya tempat yang diambik tue tak bersesuaian.. Kata salah sorang gadis yang terlibat berkata, dia cuma ambik gambar saja dan bukannya membunuh orang... Well, memang lah awak tak membunuh orang secara fizikal tapi sebenarnya awak dah 'membunuh' secara mental seseorang.. Awak tak terfikir ke perasaan family atau lebih tepat lagi mak dan ayah awak..? Apa yang awak rasa jika apa yang awak lakukan mengundang maut pada diri awak..? Ataupun jika awak terjatuh dan patah riuk tulang awak, awak ada fikir tentang pengorbanan mak dan ayah yang terpaksa menjaga awak, yang sepatutnya di usia seperti awak nie yang patut menjaga mak dan ayah..

Sebenarnya swafoto di tempat-tempat yang tinggi nie dah banyak berlaku di negara-negara lain dan kebanyakan mereka maut setelah mengambil gambar, yealah berada di tempat yang tinggi dan agak mustahil seorang manusia tue akan hidup setelah jatuh dari tempat yang tinggi, kalau adapun peratusan untuk pulih seperti sediakala agak tipis, mungkin koma ataupun lumpuh ataupun terpaksa potong anggota badan yang telah rosak...

Sikap sebeginilah yang menyebabkan anak-anak muda di zaman sekarang menjadi lebih agresif dan telah hilang keupayaan untuk lebih berfikir.. yang ada di fikiran sekarang cuma keseronokan tanpa memikirkan yang tersirat..

Tak tahulah apa yang dicari oleh mereka...Awak rasa camne..? 

Share:

8 comments:

  1. Hadoii kite tengok gambar dah rasa gerun.. Dia boleh lagik p panjat kat sana slamber jerk.. Cari penyakit betul bebudak ni.. Tak de keje lain dah gamaknye..

    ReplyDelete
  2. jenis tak sayang nyawa dan tak berfikir panjang, asyik nak berseronok dan nak tunjuk hebat ambil gambar macam tu..

    ReplyDelete
  3. Semoga semua di lindungiNya dalam apa jua kita buat. Kalau sis memang tidaklah. Sis seorang yg gayat 😝

    ReplyDelete
  4. Tak tahu apa yang dicari atas tu. Kepuasan ke view yg menarik. Apapun cubalah fikir sblum buat sesuatu bend. Fikir mak ayah dan family dlu.

    ReplyDelete
  5. Itulah, trend selfie ni dah macam satu penyakit...

    Bukan shj merbahaya pada diri sendiri tapi bagi contoh kurang baik yg boleh jadi ikutan pulak nnt..


    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Sha tak berkenan..
    Kalau nak buat sesuatu tu silalah fikir dahulu..
    Perkara yang mereka buat ini sangat bahaya..
    Kesian pada mak ayah mereka..
    Kemalangan tu tak berbau..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧