✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, January 24, 2017

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.

Assalamualaikum wbt..

Sebagaimana cuaca pada hari nie yang mendung dan hujan turun renyai, begitulah hati kami di Cawangan Pentadbiran khususnya dan HQ JBPM amnya, kerana kami kehilangan sahabat kami yang kami sayangi, Pn. Norizan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai CC Norizan pada jam 3.10 petang tadi.. 

Kali terakhir saya berjumpa dan bercakap dengan beliau adalah pada hari Khamis lepas dan kali terakhir saya menziarahi arwah adalah pada petang tadi di Hospital Serdang.. Arwah Norizan menemui Ilahi akibat penyakit asma.. 

Arwah adalah seorang wanita yang murah dengan senyuman, sering bertegur sapa dengan sesiapa saja yang ditemuinya dan yang paling ketara sekali adalah arwah kami semua anggap sebagai seorang ibu yang lemah lembut.. Kami pasti merindui senyuman dan tutur nasihat daripada beliau...😢

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..

Image result for al-fatihah


Share:

5 comments:

  1. Moga beliau tenang di sana..Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah.. semoga arwah ditempatkan ke dalam golongan orang yang beriman ..

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailayhirajiun.
    Salam takziah.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailayhirajiun.
    Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.
    Salam takziah buat warga HQ JBPM

    ReplyDelete
  5. Innalillah...
    Sedihnya sebab perginya terlalu cepat
    Mesti satu pejabat akan terus mengenang kenangan bersama
    Moga almarhumah ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧