✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, January 11, 2017

Fahami makna M.E.R.A.J.U.K.

Assalamualaikum wbt..
Image result for sulking gifSikap merajuk nie selalunya dikaitkan dengan wanita, betul tak..? Tapi lelaki pun ada jugak sikap merajuk nie cuma takdelah ketara sangat jika dibandingkan dengan wanita.. Biasanya kalau lelaki merajuk cuma mengambil masa 1 ke 2 hari jea tapi kalau wanita yang merajuk memang berhari-hari lah jawabnya jika tak kena memujuk... hihihi jangan kecam saya tau sebabnya saya pun camtu jugak, memang saya kuat merajuk tapi mudah sejuk kalau kena gaya suami saya memujuk lah...
Tapi awak tau ke makna tersirat di sebalik perkataan M.E.R.A.J.U.K. nie... Jom kita selidik sama-sama, tak kira lelaki mahupun wanita... 

M - Makan hati
Sikap merajuk ini sebenarnya banyak dikaitkan dengan soal hati seperti makan hati, sakit hati, kecil hati, rajuk hati dan patah hati. Dengan soal-soal hati yang berfokus kepada negatif ini menjadikan orang yang merajuk itu kurang berhati-hati dalam percakapan dan perbuatannya kerana terlalu menurut kata hati.

E - Etika
Dalam merajuk pun, etika perlu kita jaga baik dalam perhubungan atau dalam suasana perhubungan sosial. Jadi jagalah etika dan kawal emosi di depan orang ramai walaupun kita sedang merajuk dan kalau tak tahan jugak untuk lepaskan perasaan, menangislah sepuas-puasnya di dalam bilik air ataupun bilik tidur tapi syaratnya awak bukak paip air ataupun kuatkan suara tv supaya orang tak dapat dengar tangisan awak.

R - Respons
Salah satu sebab rajuk kita semakin panjang kerana apa jua benda yang kita rajukkan dan kecil hati tidak diberi respons yang sepatutnya oleh pasangan atau mereka yang kita rajukkan.

A - Angin 
Merajuk nie sebenarnya ada anginnya! Bak kata orang angin kus-kus.. Pagi-pagi jam 8 dah mula nak berangin bila tengok meja berselerak. Bila sampai waktu tengah hari, angin ribut barat daya semakin kencang bila tengok ruang tamu penuh dengan kulit kacang dan bila sampai waktu malam, lagi kuat berangin bila call pasangan tak berjawab... Tapi bila perasaan ingin berbaik sangka dengan pasangan tue datang, si dia pulak buat angin semacam dan tak berapa nak melayan karenah kita pulak.. Kesudahannya merajuklah kita dan fikirkan macam-macam hal negatif tentang pasangan dan sebagainya..

J - Jangan
Banyak JANGAN yang kita dinasihatkan tak buat masa kita sedang merajuk seperti jangan terlalu banyak mengadu kepada orang lain sebab musabab kita merajuk. Jangan bersendirian semasa merajuk sebab dikhuatiri kita akan buat banyak benda yang tak elok. Dan yang paling PENTING jangan bertindak secara melulu tanpa usul periksa hanya kerana buruk sangka dengan orang yang kita cintai dan sayangi.

U - Usaha
Awak kena berusaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih matang, janganlah nak merajuk aje kerjanya! Si dia nie kalau kita merajuk sikit-sikit dia layankan aje, tapi kalau dah banyak sangat lama-lama si dia pun 'bo' layan...

K - Kenali sikap
Awak kena kenali sikap dan peribadi pasangan awak dan suai padankan dengan karakter awak agar tak mudah merajuk...

Image result for sulking gif

So, pada awak suma, just relax and don't merajuk sangat yea..! Buruk tau bila awak merajuk..! hihihi

Share:

8 comments:

  1. Info yang menarik... Baru cheq tau.. Hihi

    ReplyDelete
  2. Hehehe menarik info ni shikin... Suka baca..

    ReplyDelete
  3. erm.... ada makna rupanya "merajuk" tu... hehe...

    ReplyDelete
  4. Wanita dan merajuk ibarat BFF. Tak boleh dipisahkan. Tapi jgn lah merajuk lama2. Kang banyak kedut kat muka. Haha. Just joking.

    ReplyDelete
  5. Wow siap ada akronim, eh akronim ke namanya, hahaha. Saya jarang merajuk,tapi cepat marah, cepat sejuk.

    ReplyDelete
  6. Boleh jadi panduan untuk orang yang kuat merajuk dan yang dirajuk.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧