✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, January 11, 2017

Kenali Terengganu : Masjid Putih

Assalamualaikum wbt..

Kalau awak menelusuri bandar raya Kuala Terengganu dan singgah di Pasar Payang, pasti awak akan ternampak sebuah masjid putih yang tersergam indah... 

Image result for masjid putih kuala terengganu
Sumber daripada google

Masjid Putih atau dikenali juga sebagai Masjid Abidin @ Masjid Besar telah dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.


Related image
Sumber daripada google

Rumah suci bersejarah ini tersergam indah di atas sebidang tanah seluas 0.548 hektar (1.354 ekar ) di Kampung Masjid, Kuala Terengganu. Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1901 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.

Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini. Masjid ini telah di naiktaraf dari segi kemudahan dan hiasan dalaman pada tahun 2007.

Image result for masjid putih kuala terengganu
Sumber daripada google


Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan Al Marhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid yang lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.

Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.

Antara keunikan masjid ini adalah pada pintu masuk dan gril terdapat beberapa ukiran kaligraf ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques. Dan kalau awak nak tau, kerabat diraja turut dimakamkan di sini, antaranya adalah :-


Makam Sultan

  • Sultan Mansur II ( tahun mangkat : tak diketahui )
  • Sultan Omar ( tahun mangkat : 1876 )
  • Sultan Zainal Abidin III ibni Almarhum Sultan Ahmad Muadzam II ( tahun mangkat : 1918)
  • Sultan Muhammad II ( tahun mangkat : 1956 )
  • Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( tahun mangkat : 1942 )
  • Sultan Ali Shah ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( tahun mangkat : 1996 )
  • Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III –  Yang di-Pertuan Agong Keempat (1965-1970) ( tahun mangkat : 1979 )
Makam Tengku Ampuan Besar / Permaisuri


  • Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah binti Tengku Hitam Omar – Raja Permaisuri Agong Keempat (1965-1970) ( tahun mangkat : 2015 )


Share:

6 comments:

  1. putih bersih masjid k.t ni.... tenang je tgk...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya.. Ada rezeki boleh gi sini..

    ReplyDelete
  3. Pernah sampai sini dulu. Tahun 2009. Masa tu taman kesenian islam tu baru lagi.
    .
    Kejap je dah 10 tahun berlalu. 😂

    ReplyDelete
  4. Dekat jer dengan rumah tok ana nie shikin :)

    ReplyDelete
  5. kalau dapat pergi, itu kali kedua Elsa melawat terengganu selama 21 tahun nie huhu. Indahnya pemandangan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧