✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, January 19, 2017

Perbarisan Tahunan JBPM 2017

Assalamualaikum wbt..

Selamat tengahari dan selamat menunaikan solat Zohor kepada awak suma.. Semalam saya bagitau kat awak yang ada majlis raptai perbarisan tahunan JBPM dan hari nie selesailah upacara majlis perbarisan tahunan JBPM.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Seperti biasa, Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM memberi ucapan amanat kepada semua anggota bomba dan staf sokongan.. Memandangkan staf sokongan Bahagian Pengurusan terlalu ramai, jadi hanya sebilangan kecik jea yang beratur kat situ, yang lain-lain berada di pentas bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan JBPM (termasuklah saya).. hihi nasib baik jugak la sebab pagi tadi cuaca amat cerah sekali dan mentari menyinari dengan penuh semangat.. 

Selesai majlis perbarisan, acara makan-makan pun berlangsung dan menu pagi tadi adalah nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing (MENU WAJIB DI JBPM), buah-buahan dan air minuman.. Tapi maaflah takde gambar yang nak dipersembahkan sebab masing-masing tengah lapar gilerr.. hihihi..

Yang sempat ambik gambar adalah ini..

Starlavenderluna's Journal Of Life

Kan.. Nampak tak cahaya mentari yang menyinari dengan penuh semangat..? 

Dan sekarang tamatlah majlis perbarisan tahunan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan majlis nie berlangsung serentak di semua Ibu Pejabat JBPM Negeri dan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara.. 



Share:

1 comment:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧