Cara memilih sinki dapur

Tuesday, February 21, 2017

Image result for sinki

Assalamualaikum wbt...
Pada zaman sekarang yang serba moden nie, salah satu komponen penting dalam set dapur adalah sinki. Terdapat banyak rekaan dan jenis sinki dapur di pasaran dan perlu dipilih berdasarkan kesesuaian konsep yang awak inginkan. 

Memilih sinki harus dilakukan dengan teliti agar awak dapar memperoleh manfaat dengan sepenuhnya. Sebagai seorang pengguna yang bijak, awak perlu memilih sinki yang terbaik dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang murah jika ternyata kualitinya kurang baik. Awak harus memilih sinki dapur yang sesuai dengan ukuran dapur tanpa menjejaskan reka bentuk dapur yang diinginkan.

Tapi bagaimana caranya unruk memilih sinki yang tepat? Jom kita selidikinya..

Fungsi
Fungsi utama sinki pada set dapur adalah untuk melakukan kegiatan mencuci bahan makanan seperti sayu, daging, ikan dan buah-buahan selain daripada mencuci peralatan dapur. Oleh kerana itu memang wajar apabila awak memberikan perhatian khusus pada komponen dapur ini.

Keluasan
Awak harus mengetahui luas kawasan untuk sinki pada set dapur. Jika ukuran set dapur awak terbatas, pilih sinki yang memiliki ukuran standard atau single bowl. Jika awak yang jenis gemar memasak dan banyak memerlukan tempat untuk mencuci peralatan dapur yang banyak, sebaiknya awak kena pertimbangkan untuk menggunakan sinki lebih besar untuk menampung peralatan memasak. Tentu ini saja memerlukan kawasan dapur yang lebih luas.

Material
Ada pelbagai jenis pilihan sinki seperti stainless steel dan batu granit. Dan ianya dah semestinya bila semakin baik kualiti barang itu, semakin mahal harganya. Jadi awak kena sesuaikan dengan keperluan dan kemampuan kewangan diri.

Pemasangan
Cara pemasangan sinki juga perlu diberi keutamaan kerana ini berkaitan dengan bahan set dapur yang digunakan. Contohnya apabila membeli sinki dengan model pemasangan undermount atau pemasangan sinki dari bawah meja dapur, awak harus pastikan bahawa meja dapur diperbuat dari bahan yang kuat dan dapat menahan beban sinki.



6 comments

  1. Suka kalau pergi Ikea. Macam2 jenis sinki ada. Kelabu mata di buatnya 😊

    ReplyDelete
  2. Keluasan tu penting, bila sempit rasa macam tak selesa lak...

    ReplyDelete
  3. Nanti ada rumah sendiri nak design dapur lawa lawa! Tapi tak reti masak eheh.

    ReplyDelete
  4. memang best ke IKEA...tapi pening sebab terlalu banyak yg berkenan dihati dan mata..hehe

    ReplyDelete
  5. Sukanya perkongsian Shikin nie.. Rasa cam tak sabar je nak duduk umah sendiri yang tak tau bila boleh duduk.. hehehe

    ReplyDelete
  6. pemilihan sinki ni memang aida suka.
    aida masih lom renovate umah ke2 aida.
    as at now just masukkan brg yg perlu je.
    teringin nyer nak pilih sinki gojes nanti in shaa Allah :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧