✿Sahabatku✿

Follow

Thursday, February 16, 2017

Ilmu keibubapaan

Image result for parenting

Assalamualaikum wbt...
Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi
Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak-anak, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dan sebagainya. Tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak-banyak keadaan,  matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2.Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yang baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, tapi bawalah anak-anak kepada Allah.

6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.
Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al-Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran. Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Sekarang nie anak-anak tadika lebih percaya ustaz-ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dalam rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan sunat. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah dan sebagainya sebagai tawassul untuk anak-anak menjadi baik. Contoh: Semoga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..

13. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Contoh: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...
#sharingisloving
Share:

4 comments:

  1. Bukan senang nak jaga anak.... lain anak lain perangainya....kena bersabar...

    ReplyDelete
  2. Tq 4 sharing kak bnyk yg sy dpt..betul la nk didik diri sndiri pun ssh nie kn pulak org lain..ank1 sndiri apath lg..huhu..smoga nnti dpt jd ibu yg trbaik utk ank2..

    ReplyDelete
  3. anak-anak ni banyak akal dia. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. terima kasih Shikin atas perkongsian :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧