✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, March 15, 2017

Helah bedak bayi

Image result for talkum bayi

Assalamualaikum wbt..
Sapa sangka yang bedak bayi mempunyai banyak manfaat kegunaannya selain daripada dipakaikan pada bayi.. Kita yang dewasa nie pun boleh memakai bedak bayi, yang bukan saja menjimatkan malah sesuai dipakai di setiap peringkat umur. Jom kita baca apa kelebihan bedak bayi nie..

Wajah bebas minyak
Kulit berminyak membuatkan seseorang rasa tak selesa, malah kurang berkeyakinan untuk mengambil gambar swafoto dalam keadaan tersebut. Untuk mengatasinya, awak perlu menggunakan bedak bayi dan wajah awak pasti kelihatan segar seperti pada waktu pagi. Malah bedak bayi memang sesuai untuk mereka yang tak gemar bersolek.

Hilang bau kaki
Kaki kita boleh berbau disebabkan oleh peluh yang terhasil dari aktiviti harian. Selain mencuci, ada cara lain yang boleh menghilangkan bau kaki, iaitu dengan menabur bedak bayi pada kaki sebelum menyarung stoking. Apabila bau kaki hilang, orang di sekeliling pun akan mendekati diri kita.

Hapus kotoran degil
Bayangkan awak sedang makan dan secara tiba-tiba makanan tue tertumpah pada baju, dahlah baju kesayangan pulak tue.. Camne cara nak buat..? Sebelum awak mencuci, taburkan dulu bedak bayi pada pakaian dan biarkan semalaman. Insha Allah, kotoran degil akan hilang dan pakaian kesayangan awak akan menjadi bersih.

Pengganti losen  tangan
Tak semua orang yang gemar memakai krim atau losen tangan kerana sebahagiannya melekit. Namun bedak bayi boleh menjadi pengganti bagi melembutkan tangan awak lebih-lebih lagi selepas melakukan kerja rumah.

Penyembuh kulit terbakar
Mereka yang berkulit sensitif cenderung mengalami kulit terbakar atau 'sunburn' selepas terdedah lama di bawah cahaya matahari. Akhirnya kulit bertukar warna menjadi kemerah-merahan namun usah risau kerana bedak bayi boleh menjadi penawar kepada masalah itu. Malah ia boleh digunakan selepas memakai krim pelindung ultraviolet (UV) jika awak malas  'menepek' bedak padat atau compact powder.

Semoga ianya bermanfaat. 

Share:

8 comments:

  1. Dah lama tak pakai bedak. Syafi pun anak tak pakaikan sgt. Konon ank jantan. Haha. Tp dia pantang nampak. Macam tepung muka tu kalau dia pakai. Hehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka pakai bedak baby ni. Especially bile bdn gatal gatal atau naik ruam

    XX Atheera | http://atheeradayana.com XX




    ReplyDelete
  3. Banyak juga rupanya manfaat dari bedak baby ni .yang sebelum ni CCL tahu point number satu sahaja .

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh bagus ni...banyak kegunaannya ya baby powder ni..PC suka baby powder sebab baunya tu...ermmmmm...best..

    ReplyDelete
  5. banyaknya boleh guna. tapi skrg dh xrjin nak guna

    ReplyDelete
  6. Akak sampai sekarang guna bedak Baby.. hehehe..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧