✿Sahabatku✿

Follow

Friday, March 10, 2017

Kenangan lalu

Image may contain: people sitting, table and food
Sumber gambar dari SiakapKeli

Assalamualaikum wbt,
Betul kata orang, kenangan lalu mengusik jiwa... Gambar di atas adalah salah satu contoh kenangan yang penah saya alami dulu dan ianya sememangnya nostalgia.. Saya masih lagi terbayang dan teringat dengan kenangan ini, makan tengahari ataupun makan malam secara beramai-ramai, dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sepupu pelbagai usia.. Kaum ibu sibuk memasak di dapur manakala kaum bapa sibuk bermesyuarat dengan pelbagai isu, yang sesekali sekala mereka akan datang ke arah dapur untuk bersembang dengan kaum ibu.. Manakala anak-anak kecil sibuk berlari di sana sini untuk menambah rasa kemeriahan suasana.. Arwah habib (atok) menjadi pengerusi mesyuarat dan arwah babah (nenek) menjadi penyelia dan ketua cef di dapur... 

Untuk pengetahuan semua, rumah arwah habib sememangnya dekat sangat dengan surau, hanya lima langkah saja daripada pintu rumah, .. Bila tiba masuk waktu solat, arwah habib akan ke surau untuk melaungkan azan dan kadangkala bapa sedara jugak ambik tugas melaungkan azan..Kemudian kaum ibu menghalau kami semua (anak-anak) untuk ke surau, solat berjemaah.. Kadang-kala jika ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah arwah habib, pasti arwah akan menghalau kami semua untuk bermain di atas surau...

Mesti awak suma pelik kan, kenapa arwah habib kami buat begitu..? sebenarnya ada pengajaran di sebaliknya, iaitu jika kami ke surau kami akan pastikan kebersihan surau dijaga, seperti sapu lantai yang berdebu, melipat sejadah yang diguna oleh orang dan menyangkut kembali telekung yang berselerakan di atas rak.. Takde orangkah untuk bersolat..? Jawapannya adalah yea dah tentu ada orang yang bersolat.. Walaupun kami bermain di atas surau tapi bila ada orang yang bersolat, kami takkan membuat bising pun dan selepas selesai orang bersolat, kami akan bermain dengan riuh rendah... Sebenarnya surau tue menjadi surau terpenting di sekitar kawasan rumah arwah habib kami, selain daripada penduduk di situ, surau tue berdekatan dengan Pasar Payang dan deretan kedai, dan kebanyakan pekerja kedai akan bersolat di situ... Sayangnya surau dan rumah arwah habib kami (di Lorong Haji Jamil) terpaksa dirobohkan oleh Kerajaan Terengganu untuk pembangunan...

Okey, balik pada citer asal.. Selesai saja masak, biasanya kaum ibu akan mengerah anak-anak untuk menyediakan tempat makan dan menghidangkan makanan.. Masa tue memang riuh rendah suara anak-anak, yang kecik dengan cara budak kecik, yang besar sikit,  dah pandai mengatur pinggan mangkuk, ada yang hampar tikar dan surat khabar untuk meletak makanan... Biasanya kami buat tiga bentuk hamparan, satu hamparan untuk orang-orang yang lebih tua (biasanya mereka akan makan di atas meja), satu hamparan untuk orang dewasa dan satu hamparan untuk budak-budak.. Bila semuanya dah dihidangkan dan kami duduk di tempat masing-masing, arwah habib kami yang akan mengetuai bacaan doa.. Satu lagi adat keluarga kami yang sering dilakukan, iaitu budak-budak tak dibenarkan makan selagi orang yang lebih tua tidak menjamah makanan..Nampak macam kejam tapi sebaliknya adat ini mengajar kami untuk menghormati orang yang lebih tua dalam apa jua keadaan.. Tapi tau ajelah camne selera budak-budak, mereka akan menambah makanan sambil bergelak ketawa.. 

Selesai makan, sekali lagi budak-budak akan dikerahkan untuk mengemas tempat makan dan kaum ibu sekali lagi menguasai dapur, tapi kali nie anak-anak dara pun akan turut berada di dapur untuk membuat tugasan, cuci pinggan.. Kaum ibu akan menyiapkan hidangan biskut kering dan kopi sebagai pencuci mulut dan selepas itu mereka akan kembali menyertai kaum lelaki untuk bersembang dan bergelak ketawa...

Allahu Akbar, bila teringat kenangan ini membuatkan hati terasa sayu sangat sebab rindukan arwah habib dan arwah babah.. Al-Fatihah untuk mereka dan semua yang telah meninggalkan kita semua.. 

Itulah kenangan yang saya penah lalui dulu.. Awak pulak camne..?

Share:

12 comments:

  1. Surau yang berdekatan dengan Pasar Payang?? Saya rasa saya tahu surau yang mana satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, kalu orang tempatan area situ, memang dah tau kat mana surau tue.. =)

      Delete
  2. Kenangan yang memang menggamit hati..
    Suka acara makan ramai-ramai ini..
    Merapatkan lagi hubungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang seronok makan beramai-ramai nie, sambil makan sambil beramah mesra dan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan.. =)

      Delete
  3. Betul2 kenangan ni. Rindu pulak zaman2 macam ni.

    Tok Ana dekat Lorong Nisan Empat. Dekat ke dgn tempat Shikin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang rindu dengan kenangan lalu... Yea ke? Kiranya kampung Tok kak Ana bersebelahan dengan kampung saya.. Lorong Nisan@Nesan Empat nie berada dalam Kampung Tanjung, manakala Lorong Haji Jamil bersebelahan dengan Kampung Cina.. =) Jadi takdelah jauh mana..

      Delete
  4. memang best kalau makan beramai ramai..

    ReplyDelete
  5. Kerahan tenaga waktu dulu banyak manfaat sebenarnya... kenangan lama adalah kenangan manis yang susah kita nak lupa dan kadang-kadang sukar untuk diulang kembali kan....

    ReplyDelete
  6. arghhh... rindunyaaa.. rindu dgn semua kenangan...

    arghhh... rindu semuaaa.!!

    ReplyDelete
  7. Memang satu kenangan yang memang susah untuk dilupakan apa bila keluarga ramai2 makan bersama2. apa2pun alfatihah buat arwah habib dan arwah babah..moga dirahmati allah~

    ReplyDelete
  8. Bila baca post Kak Shikin ni, baru terasa yang Siqah dah lama takde peluang camni. Balik kampung kumpul semua sanak saudara masa raya je biasanya. Dan siqah biasanya sampai lambat sebab kerja. Huhu.

    Tahun ni raya jatuh hari Ahad. Mungkin bekesempatan untuk makan ramai2 camni.

    Bagus keluarga akak ajar budak2 begitu. Jangan ambil makanan selagi orang tua tak ambil. Tanda kita menghormati yang lebih tua :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧