✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, March 14, 2017

Sunshine Blogger Award By CikLa

The Sunshine Blog Award.

Assalamualaikum wbt,
Okey, tadi saya dah menjawab soalan daripada Ucing Kadayan, kini tiba masanya saya menjawab soalan yang diberi oleh CikLa Shahril.. Waduhh, agak mencabar jugaklah soalan yang dikemukakan tapi Insha Allah saya akan menjawabnya sebaik mungkin, dah macam jawab soalan exam jea..hihi

Okey, ini soalan yang CikLa beri..

  1. Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali.
  2. Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging.
  3. Apa yang korang mesti buat sebelum tidur. (Tak semestinya baca Doa tidur, basuh kaki tau). Cikla nak lain dari yang lain.
  4. Orang yang korang paling adore? Dan mengapa.
  5. Makanan yang korang tak boleh makan langsung. Kalau korang makan jugak kena alergik dan sebagainya.
  6. Pencapaian terbaik korang sepanjang berblog.
  7. Pengalaman paling pahit korang sepanjang berblog.
  8. Siapa yang korang teringin sangat nak jumpa dan mengapa.
  9. 5 barang penting yang ada dalam handbeg korang.
  10. Apakah cita-cita pertama korang masa kecil dulu?
  11. Apakah aspirasi korang dalam dunia blog ni pada masa akan datang. Mungkin 10 tahun akan datang ke... 

Kan, mencabar betullah... Okey, here's the answers..

1) Nama diberi Wan Nur Ashikin Binti Razali, berumur 35 tahun, sudah berkahwin dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan nama timangan saya, untuk ahli keluarga mereka memanggil nama sebagai 'Nur' dan untuk rakan-rakan pulak saya lebih selesa dipanggil sebagai 'Shikin'...

2) Saya mula menceburi bidang blogging sejak tahun 2010 tapi mula aktif pada tahun 2011, pada tujuan utamanya adalah saya terbabit 100% dalam blog library Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan dah alang-alang buat blog library, saya hanya suka-suka buat blog atau jurnal personal kerana saya suka mencatat apa yang terjadi pada hari tersebut..

3) Saya wajib mendengar lagu-lagu kegemaran dari MP4 dan kemudian memainkan alunan surah-surah Al-Quran terpilih sehingga pagi.. 

4) Saidatina Khadijah Binti Khuwailid, kerana beliau bukan saja seorang isteri yang taat pada suami, tapi beliau jugak seorang usahawan yang berjaya.. 

5) Petai dan jering, walau berkali-kali cuba makan tapi tekak masih belum menerimanya..

6) Dapat berkenalan dengan rakan-rakan blog yang lain, walaupun hanya di alam maya tapi terasa ikatan ukhuwah itu tersimpul kemas..

7) Penah dikecewakan dalam pemberian hadiah giveaway, dan salah satu sikap yang paling saya tak suka sekali, kalu tak dapat nak kotakan janji dengan seseorang, jangan berjanji kosong hingga orang yang dijanjikan ternanti-nanti.. Bukanlah mengharapkan hadiah pun cuma janji tetap janji...

8) Rakan-rakan sekolah sebab rindukan pada zaman sekolah dulu, banyak kenangan saya dengan mereka..

9) Handset, purse, tablet, alat mekap dan minyak wangi.

10) Percaya atau tak, masa kecik-kecik dulu saya minat sangat nak jadi detektif..

11) Harap-harap kita dapat kurangkan berita palsu yang menyebabkan fitnah yang besar.

Fuhhh, dah selamat dah... Hope jawapan saya nie dapat memuaskan hati CikLa.. Okey, next questions is Mellya..

Share:

6 comments:

  1. Cikla kalau petai masih boleh telan lagi. Tp, kalau jering mmg x kot... sbb xpernah try mkn... Hihi...

    Btw, thanks Shikin sudi jwb...

    ReplyDelete
  2. Petai ana makan kalau buat sambal udang jer. Jering tak pernah makan lagi. Hehe.

    No 6 setuju sangat. High five sikit.

    ReplyDelete
  3. Durian untuk jawaban no 5. jangankan makan, tengok saje dah nak pengsan. haha..

    salam kenal dari indonesia kak syikin

    www.theamazingjasmi.com

    ReplyDelete
  4. dulu fae suka baca komik Detektif Conan

    ReplyDelete
  5. Yang no 11 tu Sha setuju sangat-sangat..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧