✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, April 25, 2017

Tips pilih tudung berdasarkan rona kulit

Image result for hijab


Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi pembuka kata, walaupun agak lama saya tak menulis jurnal nie tapi ada pelbagai citer yang saya nak kongsi dengan awak suma.. So, pada pagi nie saya nak berkongsi satu info yang boleh dikatakan agak berguna jugak, iaitu tips untuk memilih tudung berdasarkan rona kulit.. Walaupun ada di kalangan kita memang pandai dalam memilih warna tudung tapi tips ini dapat memberi awak inspirasi dalam pemilihan tudung yang sesuai dengan kulit kita.. 

Untuk kulit gelap dan hitam manis
Awak perlu memakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, hijau serindit, ungu lembut atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekaligus membuatkan kulit kelihatan lebih cerah. Elakkan memakai warna coklat tua, hitam, hijau tua, biru gelap atau merah darah kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.

Untuk sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang iaitu rona pastel seperti kuning beige, baby blue, pic, salmon dan ungu. Warna-warna yang perlu dihindari adalah merah darah, hijau tua dan coklat tua kerana ia membuatkan muka bertambah kusam dan gelap.

Untuk kulit putih, cerah dan kuning langsat
Untuk kulit-kulit ini akan lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti ungu, merah, biru laut dan hitam. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah awak nampak pucat dan tidak bermaya. Jika mahu mengenakan tudung pastel atau neutral, campurkan dengan warna-warna garang agar pengayaan awak lebih menarik. 

Jadi, itulah tips yang saya boleh kongsikan pada awak. Semoga bermanfaat!


Share:

12 comments:

  1. CR jenis kulit gelap rasenya. Kena pkai tips ni kalau nak memilih warna tdung nti. Raya xlame dah. Hee

    ReplyDelete
  2. dy tak tahulah,dy gelap ke sawo matang..selama ni main bedal je warna tudung hehhe

    ReplyDelete
  3. singgah pagi selasa
    hari ini bz sangat2
    x dan nk blogwalking
    anyway anum drop here first ya

    ReplyDelete
  4. TQ for the tips. wawa kulit pucat, tapi suka color pastel. lepas ni kena ambil color terang2 laa..")

    ReplyDelete
  5. yep ! ju sgt pentingkan pmilihan wrna tudung dgn kulit ju. sb tu kalo bli tudung smpai bjam2 lama nya. abg pun nak fengsan tggu

    ReplyDelete
  6. Lea pakai biru lembut memang tak sesuai... Nampak muka kusam bangat...

    ReplyDelete
  7. Sy pilih tudung berdasarkan warna baju. Kalau baju kosong warna gold, sy pakai tudung merah �� Kpop gittew ��

    ReplyDelete
  8. aida ni kulit hitam coklat :) ha ha ha...
    memang elak kan warna yg terang bebeno!
    karang berjalan nampak tudung & gigi jer ha ha ha :)

    ReplyDelete
  9. hehe. selalu main pakai je tudung. xpikir sesuai ke tak. ahaha :)

    ReplyDelete
  10. kalau syaz suka pakai kaler mustard muka tetiba putih pulak kalau guna warna tu. hahaha :p
    kalau guna emerald nampak hitam pulakkk .. :')

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧