✿Sahabatku✿

Follow

Monday, May 22, 2017

Kenali 7 sebab lelaki botak

Image result for bold hair men

Assalamualaikum wbt..
Saya terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama-sama, iaitu 7 sebab lelaki botak, macam pelakon dan penggusti WWE Dwayne Johnson a.k.a. The Rock nie.. Hensem... 😍

Masalah keguguran rambut adalah perkara biasa bagi kaum wanita tapi masalah ini jugak boleh dialami oleh kaum lelaki.. Walaupun pada zaman sekarang, ada banyak cara rawatan dan perubatan sehinggalah pelbagai jenis pencuci rambut dan perapi untuk melebatkan rambut tapi ada beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan rambut menjadi gugur dan sekaligus menjadi botak...

Antara sebab-sebabnya :

Tekanan
Tekanan fizikal dan psikologi yang teruk boleh memberi kesan pelik pada badan manusia. Tekanan yang kuat biasanya membuatkan badan berada dalam keadaan agak terkejut. Ini boleh membawa kepada telogen effluvium yang membawa kepada keguguran rambut.

Trichotillomania
Trichotillomannia adalah nama yang diberikan kepada kegiatan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau gangguan obsesif kompulsif tetapi hasil akhirnya adalah sama. Semakin lama banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat ini dihentikan, biasanya rambut akan tumbuh semula. Tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dilakukan dengan jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kehilangan rambut.

Ikat rambut terlalu ketat
Ada sesetengah lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat atau mengikatnya seperti fesyen ekor kuda. Itu yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut kerana ia mempunyai daya tarikan alopecia. Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat dan membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.

Image result for bold man

Hipotirodisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotirodisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan ia adalah punca kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata. Hipotirodisme berlaku disebabkan oleh kecacatan semasa penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.

Penyakit autoimun
Jika awak mempunyai diabetes atau artritis, awak mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun. Penyakit ini timbul apabila sistem badan sendiri tersilap menyerang tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan yang menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting yang mengawal pertumbuhan dan penyelenggaraan rambut, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut  pelbagai jenis, termasuk cicatrical alopecia, iaitu satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan dan telogen.

Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea captis adalah disebabkan kulat yang dipanggil dermatophytes yang hidup dalam keadaan panas dan lembap. Ia biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika awak suka memakai topi, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat atau kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.

Kimoterapi
Sel-sel kanser biasanya akan membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Kimoterapi begitu berkesan dalam proses menghentikan sel kanser dan rawatan ini mampu menghentikan sel-sel yang berkembang dengan pesat. Malangnya terdapat sel-sel lain dalam badan yang turut berkembang pesat selain kanser adalah pada folikel rambut. Namun terdapat mitos yang mengatakan keguguran rambut secara kekal selepas kimoterapi adala tidak tepat.

Share:

8 comments:

  1. Hahhaha eh! bukan ke The Rock tu fesyen skin head namanya.

    Tapi yang jenis botak rambut gugur tu kesian jugak macam ada sorang cikgu Mrs. A dulu we all gelarkan dia BTRT botak tengah rambut tepi ooopsssss!!! sorry cikgu.

    ReplyDelete
  2. Hehe. Lelaki botak ni adakalanya sesuai jugak untuk sesetengah lelaki macam The Rock. Kalau dia ada rambut, Siqah pulak rasa pelik je. Hehe

    ReplyDelete
  3. ju rasa ju ada habit Trichotillomania ni huhu

    ReplyDelete
  4. Bila baca ni teringat ke faizal ismail.hee

    ReplyDelete
  5. Serius.. Hehehe.. baru tahu..
    Tapi The Rock memang handsome pun..

    ReplyDelete
  6. hi hi hi :)
    botak mesti nak sesuai dgn bentuk muka, kan?

    ReplyDelete
  7. lelaki botak itu seksi kata orang.. hahaa..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧