✿Sahabatku✿

Follow

Monday, May 22, 2017

Menghias bilik bayi

Image result for decoration for baby room

Assalamualaikum wbt..
Bagi yang baru pertama kali menimang cahayamata, mesti kita akan teruja dengan merancang dan menata rias bilik tidur si comel yang bakal dilahirkan nanti. Daripada pemilihan cat, perabot, penggunaan kertas dinding dan barangan perhiasan akan menjadi perbualan kita suami isteri. So, saya nak kongsi tentang tips menghias untuk membantu awak membuat pilihan yang tepat.

Letak barangan peribadi
Jangan lupa meletakkan barang peribadi keluarga awak, mungkin awak boleh letak gambar foto keluarga samada di dinding ataupun meja sisi. Ini adalah untuk menggantikan anak patung si kecil dan cara ini akan membantu mensimulasikan otak si kecil dan membantu dia mengenali wajah orang terdekat dengannya.

Pilih mengikut kesesuaian
Awak boleh memilih dekorasi yang baik berdasarkan apa yang awak suka seperti lukisan, pola kain, selimut dan sebagainya. Yang penting, bilik si comel mempunyai sinergi yang baik.

Beli barang senang dicuci
Anak-anak sedang membesar, jadi dah tentu tingkah laku mereka sukar diramal. Untuk memudahkan awak dan sekaligus dapat menjimatkan kos dekorasi, beli barangan yang mudah dicuci. Jadi, bila terkena sebarang kotoran, mudahlah awak untuk mencucinya pada bila-bila masa.

Image result for decoration for baby room

Sediakan kerusi nyaman
Pemilihan sofa untuk diletak dalam bilik, bukan saja perlu bergantung pada saiz yang fleksibel, tetapi juga perlu kepada sofa yang nyaman jadi bila awak dah selesa anak pun suka.

Cahaya lampu boleh dikawal
Pasang lampu yang boleh dikawal cahayanya. Sebab kadang-kadang si kecil memerlukan lampu terang dan ada ketikanya dia memerlukan cahaya yang sedikit redup untuk keselesaan si kecil agar tidurnya yang lena tanpa gangguan.

Fikirkan jangka panjang
Bayi akan cepat membesar, jadi rencanakan bilik bayi yang boleh digunakan sehingga si kecil berusia satu tahun atau lebih. Menghias bilik bayi dalam jangka masa cepat akan memakan banyak belanja.

Tata ruang bayi ringkas dan rapi
Terlalu banyak dan hiasan akan membuatkan bilik bayi awak menjadi lebih sempit dan sulit untuk awak bergerak. Jadi hias bilik bayi awak dengan ringkas tapi rapi, kerana ia bukan saja senang diurus malah juga selamat buat si kecil.

Dekorasi mudah ditanggalkan
Jika awak tergolong orang yang suka menganti-ganti dekorasi dengan konsep berlainan setiap bulan atau tahun, awak boleh menggunakan kertas dinding sebagai hiasan. Ia bukan saja murah tetapi juga mudah ditanggalkan untuk diganti dengan kertas dinding lain.


Share:

12 comments:

  1. Kalau ada bilik khas memang cantik hias camni kan shikin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea memang betul Lea... Saya pun teringin nak ada bilik baby sendiri..

      Delete
  2. Kalau duit banyak seronok la nak menghias hehe

    ReplyDelete
  3. kalu ada bajet lebih mmg seronok mnghias bilik anak..

    ReplyDelete
  4. Cari idea kat pininterest. Cantik2 .geram tengok.

    ReplyDelete
  5. mcm ada hint2 je sis =D insyallah

    ReplyDelete
  6. Dah bayang dalam kepala nak hias bilik baby tapi ehh lupa pulak ira belum ada anak la kak heheheh

    ReplyDelete
  7. Seronoknya hias bilik baby. Mesti nak nampak cantik dan lembut je di mata kan.. Moga ada rezeki Siqah nak hias bilik baby nanti :)

    ReplyDelete
  8. Teringin gak nak ada bilik khas cengginie tapi untuk buku.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sha, nak bilik khas untuk buku 😁 Mini library

      Delete
  9. anak2 aida time baby xde bilik khas.
    satu bilik dgn aida.
    lgpun umah kecik hi hi hi hi...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧