✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, May 17, 2017

Resipi ayam masak stew

Image result for feeling sick png

Assalamualaikum wbt...
Haiihh, baru ada kekuatan untuk menulis jurnal nie.. Dua hari mc disebabkan demam dan batuk, doktor kata saya kena jangkitan virus kanak-kanak disebabkan minggu lepas saya pegi melawat anak sedara di wad pediatrik... huhu tak sangka batuk dialami melarat sampai la demam... 

Tekak pun rasa pahit jea disebabkan kesan ubat antibiotik tapi kena tahan la jugak walaupun dah macam-macam cara untuk memaniskan tekak... Ingatkan hari nie saya nak pegi kerja tapi dari semalam asyik muntah aje sampai rasa lembik aje badan nie..

Dalam lembik-lembik dan pahit-pahit tekak pun saya gagahkan diri jugak untuk memasak.. Tadi bila tengok citer kartun Shin Chan, ada citer pasal Shin Chan tanya pasal stew daging..

Hati nie pulak tiba-tiba aje teringin nak masak stew tapi dagingnya takde, yang ada dalam freezer tue cuma ayam dengan ikan...So saya nak share sikit resipi stew ayam kat awak...

Bahan-bahan
Setengah ekor ayam (ikut suka awak nak potong camne)
1 ulas bawang holland (potong empat)
3-4 biji bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 sudu serbuk maggie secukup rasa
2 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji lobak merah 
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan air untuk tujuan memekatkan stew)

Cara masak 
Goreng ayam tanpa garam dengan kadar separa masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Dengan mengunakan minyak yang sama semasa goreng ayam, gorengkan bawang holland, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan air, ayam yang dah digoreng, ubi kentang. lobak merah, lada sulah dan serbuk maggie secukup rasa dan tunggu sehingga mendidih.. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air kemudian kacau sebati. Kemudian, kecikkan api dan renehkan dalam masa 15 minit atau sehingga ayam itu masak sepenuhnya.. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.

Starlavenderluna's Journal Of Life


Haa.. Nielah rupanya stew ayam yang hampir sama rupanya macam sup ayam... Memandangkan tekak nie memang takleh terima sebarang nasi, so saya ratah saja stew ayam nie.. hihi.. Try la..

Share:

9 comments:

  1. Nyumm nyumm sodapnya shikin.. Nanti lea cuba ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi cuba jangan tak cuba...๐Ÿ˜˜

      Delete
  2. Sedapnya nampak. Ana selalu buat stew daging je. Pun sedap.

    ReplyDelete
  3. smoga cepat sembuh sis =) jaga mkn minum tau

    ReplyDelete
  4. Senang resepi ni kak. Sesuai sangat untuk bulan Ramadhan. Hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Semoga diberi kesihatan yang baik ye shikin..

    ReplyDelete
  6. Stew ayam memang pembuka selera untuk mereka yang domam+selsema+batuk ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  7. stew ayam...
    ada skit kicap cili padi.
    nasi panas :)
    marveles!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧