✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, June 20, 2017

Beberapa kesalahan solat wanita

Related image

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Semalam saya ada terbaca satu tazkirah dekat facebook, yang bercerita pasal beberapa kesalahan solat wanita.. So saya nak kongsi tazkirah ini pada awak, yealah mana tahu kita ada buat kesalahan semasa bersolat dan menyebabkan terbatalnya solat kita.. Sama-sama kita bermuhasabah dan mengambil iktibar dengan tazkirah ini...

Perhatikan..
Beberapa kesalahan solat wanita 


1. Tidak faham rukun qauli
WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH. Baca dalam hati, lagi TAK SAH.

Bacaan mana yang perlu dibaca dengan jelas ?
– takbiratul ihram (Allahu akbar)
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat di dalam tahiyyat akhir
– salam pertama


2. Sujud di atas telekung
Wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah.

3. Semasa sujud, jari kaki tidak dilipatkan ke lantai
Kena fahami 7 anggota sujud - Dahi (sunnahnya beserta hidung), Dua tapak tangan, Dua kaki (jemari kaki), Dua lutut.

4. Membaca bacaan Tahiyat Akhir yang salah.
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat WAJIB disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

5. Membaca Al Fatihah yang salah.
Ini berlaku bagi mereka yang tidak belajar mengaji dan bacaan al fatihah di dalam solat hanya sekadar hafalan. Sebutan yang salah akan memberi makna yang salah maka ia membatalkan solat.

SOALAN
Boleh ke bersolat dalam keadaan berpurdah ?
Makruh bagi seseorang wanita bersolat dalam keadaan memakai purdah melainkan jika dia bersolat di hadapan lelaki ajnabi yang sukar untuknya memelihara diri daripada pandangan lelaki tersebut.
Sungguhpun demikian, wajib bagi wanita berpurdah itu membuka dahinya ketika sujud supaya syarat sah sujud dapat dipenuhi dengan sempurna (Fath al-'Allam, 173/2).
Moga bermanfaat.
Ummu Iqram Al Hafiz


Kredit to : Cikgu Shaini Razali

Jadi, sama-samalah kita check tentang solat kita.. Wallahualam.. 

Share:

5 comments:

  1. Thanks sharing dear, perkongsian yg baik.
    Semoga kita lebih menjaga solat.
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga kita semua menjaga solat kita dengan baik..
    perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete
  3. tq shikin.
    ari tu aida ada share bacaan tahiyat akhir yg btol kat fb.
    moga kita sama2 jaga solat, kan.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bagus ni shikin.. Leh lea ulangkaji balik solat lea... thankz shikin.. :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧