✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, June 07, 2017

Buku yang paling...

Image result for reading books

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Jika kita mengimbas sejarah buku, rupa-rupanya banyak info yang perlu kita tahu.. Dalam cabaran dalam bidang penerbitan yang terpaksa bekerja keras untuk bersaing dengan bacaan online, masih ada lipatan sejarah dalam penerbitan buku yang boleh kita banggakan... Awak nak tahu...?


Image result for Leonardo da Vinci's Codex Leicester
Buku paling mahal di dunia
Menurut sebuah majalah perniagaan Amerika, Forbes melaporkan bahawa Bill Gates memiliki buku termahal yang pernah dijual. Pada tahun 1994, Gates sanggup membayar sebanyak $30.8 juta hanya untuk sebuah buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Wow, bukan calang-calang jumlahnya kan...! Manuskrip tulisan tangan yang asal itu disusun antara tahun 1506 sehingga tahun 1510 oleh artis dan pakar dalam pelbagai bidang Renaissance. Menariknya tentang kodeks (manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat bersalut lilin) ini, ia mengandungi lakaran, nota dan idea yang mana kesemuanya ditulis secara dari kanan ke kiri atau tulisan cermin.

Buku paling besar
Untuk buku yang terbesar di dunia ini, sebenarnya ia bukanlah sebuah buku dalam erti kata konvensional tetapi ia merupakan batu bersurat. Fizikalnya adalah terdiri daripada lebih 700 tablet marmar ( yang mana masing-masing lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki lebar). Apabila batu bersurat ini dibina pada tahun 1860, penulisan tablet ini dipenuhi dengan dakwat emas dan dihiasi dengan batu permata. Malangnya, apabila British menyerang dalam tahun 1880-an, tentera telah merompak dakwat dan permata.

Image result for Teeny Ted from Turnip Town
Buku paling kecil
Betapa kecilnya buku itu sehingga ia perlu dibaca dengan hanya menggunakan mikroskop elektron. Buku kecil itu, Teeny Ted from Turnip Town telah ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin dan dicetak menggunakan hablur silikon asli oleh abangnya, Robert. Buku yang mengandungi 30 muka surat itu berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer. Kalau hendak tahu betapa kecilnya buku itu, saiznya dikatakan menyamai dengan sehelai rambut manusia.


Image result for Artamene or Cyrus the Great
Buku paling panjang di dunia
Selepas membuat perhitungan, buku yang paling panjang pernah diterbitkan dikatakan Atarmene or Cyrus the Great, iaitu sebuah novel romantis abad ke-17 dihasilkan oleh Madeleine de Scudery. Penjilidan 10 buku ini merangkumi 10,000 muka surat dan 2.1 juta patah perkataan yang digunakan.


Related image
Buku paling tebal
The Complete Miss Marple” telah diiktiraf sebagai buku paling tebal yang memiliki 4,032 muka surat. Ia terhasil daripada gabungan koleksi 12 buah novel dan 20 buah cerpen oleh Agathe Christie. Buku seberat 8.02 kilogram ini hampir menyamai berat seekor anjing. Ia terdiri daripada 252 pecahan seksyen 16 muka surat dan tulang belakangnya dijahit dengan tangan. Jika ada yang ingin mencuba membaca keseluruhan buku ini, mereka perlu menghabiskan selama 134 jam dengan kadar kelajuan 30 muka surat sejam.


Image result for Psalm Book
Buku pertama dicetak
The Whole Books Of Psalmes Faithfully Translated Into English Metre” ataupun lebih dikenali sebagai "Psalm Book” merupakan buku pertama yang telah dicetak di Amerika Syarikat. Pada abad ke-17, sebanyak 1,700 salinan telah dicetak tetapi hanya 11 salinan saja yang diketahui wujud. Pada tahun 2013, buku ini juga diiktiraf sebagai buku paling mahal dijual lelong selepas ia berjaya dibeli pada harga $12,165,000.00.

Share:

7 comments:

  1. Huissss dasyat.. Thumb up utk shikin sbb terfikir nk up entry ni..

    ReplyDelete
  2. Jenuh nk baca buku plg kecik tu shikin. Boleh bertambah rabun di buatnya. Hehe

    ReplyDelete
  3. Buku Agathe Christie - The Complete Miss Marple tu menarik.. Macam nak cari je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Perghhh! 30.8 juta untuk satu buku!! Sangat mahal!! Gilalah. pasti buku itu mengandungi isi yang sangat padat sampai sanggup bayar mahal begitu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧