✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, June 20, 2017

Panduan untuk elak kejang kaki atau simpul biawak ketika hamil

Related image

Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa yang sering mengalami kekejangan kaki atau simpul biawak atau dalam dialek Terengganu, setok mengkarung.. Ianya boleh menyerang pada sesiapa saja, baik lelaki mahupun perempuan, malah wanita yang hamil pun kerap jugak mengalaminya, betul tak..? 

Apakah punca kekejangan kaki nie? Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Awak perlu peka bebrapa faktor yang mungkin menjadi puncanya.
  1. Keletihan otot betis
  2. Tekanan pada urat saraf bahagian kaki
  3. Peredaran darah yang tidak lancar, atau
  4. Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.  



KEJANG WAKTU MENYERANG MALAM
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Menurut kata doktor Dr Nurhazinat Yunus, pakar perbidanan dan sakit puan, Tropicana Medical Centre kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku di waktu malam atau ketika anda sedang berehat.



  1. Apabila berlaku kekejangan betis, awak perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah awak.
  2. Pastikan sendi lutut awak lurus. Sekiranya awak bersendirian, awak boleh membongkokkan badan awak, capai jejari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah awak dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
  3. Sekiranya awak bersama pasangan, awak boleh meminta pasangan awak untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah awak. Apabila awak melakukan perkara ini,awak  akan merasa kesakitan terlebih dahulu, sebelum ianya beransur-ansur hilang.
  4. Awak juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.


CARA ELAK KEJANG BETIS
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Awak boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.

MEREGANGKAN OTOT BETIS.
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan awak dari dinding, letakkan tapak tangan awak pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan awak kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang awak lurus dan paha awak ke hadapan. Kemudian, tukar kaki, dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5-10 minit.

KEKAL AKTIF
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Awak perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

VITAMIN DAN MINERAL TAMBAHAN
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Mama juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Awak juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.

AIR YANG MENCUKUPI
Minum air yang mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka akan warna air kencing untuk melihat Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan awak tidak mengambil air yang mencukupi.

Tahukah awak?
Pemilihan kasut yang bersesuaian dapat mengelakkan kekejangan pada kaki semasa hamil. Pilih kasut atau sandal yang selesa dan menyokong berat dan postur badan awak. Pemakaian kasut bertumit tinggi semasa hamil tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kekejangan pada otot betis.



Share:

9 comments:

  1. Info yang baik untuk wanita hamil ni..


    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus.. sha selalu juga kena kejang kaki nie..

    ReplyDelete
  3. Bayangkanlah.. tgh sedap mengeliat tetiba dia dtg adoii potong betul

    ReplyDelete
  4. Ohhh orang panggil simpul biawak ke .. huu rasa yang x hamil pon ada jugak kejang macam ni

    ReplyDelete
  5. Gut info shikin... Alhamdulillah, preggy kali ni lea tak terkena kejang kaki.. Mungkin makan ubat ikut aturan yg ditetapkan.. :)

    ReplyDelete
  6. Byk kali ana kena ni masa pregnant kan syafi. Tgh tidur tetiba kejang. En suami lah yg kelam kabut. Hehe.

    Thanks shikin atas nasihat yg di beri. I do really appreciate it :)

    ReplyDelete
  7. Sllu kena bila lps drive jauh2. Bila terkena sakit yg amat. Bila jd CR selalu trus berdiri bru ok.tp tu kalo larar berdiri lah.

    ReplyDelete
  8. pernah kejang kaki time bangun tido. Terlebih menggeliat 😂

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧