✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, June 21, 2017

Sekampung yang datang..

Image result for argument
Assalamualaikum wbt..
Awak, nak citer satu kisah nie.. Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah yang akan dipaparkan kejap jea lagi....

Kisahnya begini...

TAMATLAH SUDAH KISAH TERSEBUT....!

Hihihi gurau la...😋Sebab saya perati awak macam ngantuk jea... hihihi..😪Okey..Okey.. Nie ha al-kisahnya... 

Di dalam sebuah kampung, seorang lelaki yang kurang waras secara tiba-tiba telah melaungkan azan di masjid pada jam 10 pagi. Orang kampung semuanya naik heran dan mereka pun beramai-ramai menuju ke masjid untuk mengetahui puncanya. Setelah mereka melihat lelaki kurang waras itu yan melaungkan azan, salah sorang penduduk telah berkata, "Ko dah kenapa gie azan pukul 10 pagi nie. Azan amenda nie..? Nak kata subuh, dah lepas. Nak kata Zohor, belum masuk waktu lagi.. Apesal ko..?" Lalu lelaki yang berfikiran kurang waras menjawab, "Alah, saja jea aku azan sebab masa azan Subuh yang betul dilaungkan pada pukul 6 pagi, cuma 5 orang jea yang datang ke masjid. Bila laung azan waktu yang salah, boleh pulak sekampung yang datang..?" 


So, awak rasa apa iktibar yang boleh kita dapat..? 

Share:

12 comments:

  1. hahaha... kalau akk mmg rasa malu la dik..yg pasti dh mmg lumrah manusia bila kita buat salah mmg nampak jer kan..

    ReplyDelete
  2. Biasanya yang salah tu yang kita nampak dan besar2kan.
    Bagus pengajaran cerita ni.

    ReplyDelete
  3. err. mcm tau2 je owang kat sini mengantuk, kat radio asik main lagu raya je, takde hati nak krojer dah ni hahhaa..

    ReplyDelete
  4. pernah dengar cerita ni..ambil iktibar dari cerita ni

    ReplyDelete
  5. walaupun kurang waras, tapi dia bijak bagi pengajaran secara halus 😉

    ReplyDelete
  6. DEEP ! rasa nak ktwa pun ada, dont judge a book by its cover gitu =)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧