Monday, July 24, 2017

Baca sikap lelaki melalui bentuk wajah

Image result for shayne ward

Assalamualaikum wbt..
Okey, selalu kita baca artikel mengenai sikap wanita, kan.. Hari nie saya nak kongsi dengan awak mengenai sikap lelaki melalui bentuk wajah... Betul atau tak itu hanya kebetulan saja, boleh baca tapi jangan percaya seratus peratus tau...

Dan kalu ada readers lelaki yang baca entri nie, jangan ambik hati tau, sebab ini hanya bacaan ringan saja, baca boleh tapi jangan percaya seratus peratus.. 

Wajah berbentuk bulat
Lelaki yang mempunyai wajah berbentuk bulat memiliki keperibadian emosional, sensitif tapi amat sukakan perhatian. Lelaki yang memiliki bentuk wajah ini boleh dikatakan amat selesa dalam menjalinkan hubungan cinta serta amat stabil dalam jangka masa yang panjang.

Wajah berbentuk oval
Bagi lelaki yang memiliki wajah berbentuk oval nie sikap mereka selalunya lebih praktikal, lebih sistematik dan dia merupakan seorang lelaki yang suka bekerja keras.

Wajah berbentuk kotak atau segi empat
Untuk lelaki yang berwajah berbentuk kotak atau segi empat pulak, dia mungkin cenderung untuk menjadi agresif, bercita-cita tinggi, bersifat dominan dan berfikiran tajam. Mereka suka menganalisa dan juga merupakan seorang yang kritis dalam pemikiran.

Wajah berbentuk bujur atau segi tiga
Bentuk wajah nie biasanya dimiliki oleh mereka yang bertubuh kurus yang cenderung untuk memiliki kuasa pujukan. Mereka menunjukkan peribadi yang kreatif serta sensitif.

Hmm, awak rasa mana satu agaknya sifat awak atau pasangan awak nie yea..?

9 comments:

  1. Alhamdulillah bertambah info..terima kasih perkongsian ini..betul,selalu untuk wanita saja...sesekali untuk lelaki pulakan...

    ReplyDelete
  2. Ana kalau nk tgk muka org xtau muka org tu bentuk yg mana satu. Nak kata petak, bulat pun ada. Hehe

    ReplyDelete
  3. Tak reti nak tentukan muka orang tu bntuk yg mana satu. Kita geng ana. Hee

    ReplyDelete
  4. nice sharing shikin.. Dpt le tau sikit sebanyak ye sikap lelaki ni..

    ReplyDelete
  5. En tunang Sa yang bentuk bulat tu...hahhaa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧