✿Sahabatku✿

Follow

Wednesday, September 13, 2017

Review : Kedai Keropok Lekor Selekoh Sungai Rengas

Assalamualaikum wbt...
Dah lama saya nak review kedai nie tapi disebabkan selalu terlupa nak ambik gambar, saya tangguhkan dulu nak buat review.. Baru-baru nie masa balik raya Aidiladha yang lepas, akhirnya saya dapat jugak ambik gambar kedai nie.. Kedai yang saya maksudkan adalah kedai keropok lekor selekoh Sungai Rengas.

http://starlavenderluna.blogspot.my

Kedai nie sangat popular di kalangan warga tempatan dan warga luar kerana keenakkan keropok lekornya yang mempunyai isi ikan yang padu.. Kenapa dinamakan selekoh Sungai Rengas..? Kerana kedai nie memang terletak di sebelah selekoh jalan... Kedai nie menjual pelbagai jenis keropok, awak boleh pilih samada nak keropok cheese, keropok keping, keropok goreng, keropok rebus ataupun keropok vacum...


Kat sini ada dua kaunter yang membolehkan pelanggan tak menunggu lama untuk membeli keropok.. Kalu awak nak beli keropok rebus ataupun yang dah digoreng, boleh jea beratur kat sini 👆.. Selain keropok rebus, kedai nie jugak ada menjual makanan tradisional Terengganu seperti kuih akok, kuih tepung pelita dan lain-lain...


Satu lagi, kedai nie jugak menyediakan kaunter pada sesiapa yang nak beli keropok vacum..  Ehh.. Apa maksud keropok vacum tue...?


Sebenarnya keropok vacum yang dimaksudkan adalah keropok lekor yang dah di vacum dalam plastik seperti nie.. Jenis vacum nie dibuat khas kepada pelanggan yang nak bawak balik ke negeri masing-masing tanpa mengurangkan sikit pun rasa keropok lekor tersebut dan ianya jugak dapat mengelakkan keropok lekor menjadi busuk dan melekit.. Apa yang bestnya adalah awak boleh merebus keropok nie tanpa mengeluarkannya daripada plastik kerana ianya mesra pengguna.. Jadi awak tak perlu menambah perasa untuk kesedapan keropok nie..




Haa... Rebus jea macam nie... Hihi yang nie bagi yang suka makan yang rebus la.. Bagi sesiapa yang tak suka makan yang rebus pun takpe, awak boleh keluarkan dalam peti ais dan nyahbekukan dulu sebelum menggoreng seperti biasa... 

Oh satu lagi, lupa nak cakap, keropok jenis vacum nie memang tahan lama jika dibandingkan awak beli keropok lekor yang biasa tue.. Kalau letak dalam peti ais, ianya boleh tahan sampai 3 bulan dan masih mengekalkan keaslian rasanya tanpa menambah perasa ataupun garam.. 


Yeaayyy... Dah siap merebus.. Jemput makan suma... hihihi.. Shikin.. Kat mana yea kedainya..? Pada sesiapa yang nak ke Kuala Terengganu tue, bolehlah singgah di kedai nie dan rasailah keenakkannya, pasti awak takkan menyesal untuk ke situ.. 



Setiap kali saya balik ke kampung (sebab kedai nie berdekatan dengan rumah kesayangan saya), kedai nie adalah kedai yang wajib untuk disinggah dan beli keropok lekor untuk dimakan pada waktu petang.. Hubby saya pun dah pandai makan yang jenis rebus nie, tuepun sejak berkawin dengan orang Kuala Terengganu, hihihi.. 

So, jangan lupa singgah yea...!

Share:

11 comments:

  1. Saya suka keropok rebus kak...Lebih prefer rebus dari goreng. Dulu kawan ingatkan sy orang pantai timur, tapi saya org utara, cuma suka makan cara tu,hahaha.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya la...lagi2 keropok lekor yang dipanggil losong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC, keropok lekor Losong tue sekarang dah tak berapa sedap dah.. keropok tue dipanggil keropok lekor Losong sebab tempatnya kat Losong.. =)

      Delete
  3. I like keropok lekor... rindu keropok lekor terengganu...

    ReplyDelete
  4. Lapar pulak baca post ni. hehe dok pernoh puas makan kepok lekor 😍

    ReplyDelete
  5. Dulu rabia selalu beli sini..sekarang tak beli dah..kurang sedap sikit

    ReplyDelete
  6. Saboooo jerk laaa... kite tgh pantang ni x leh ngadap sgt gambo makanan..hahaha

    ReplyDelete
  7. Sepupu suami ekin pernah keropok vacum tu.. Dia balik terangganu dumah tok tua dia aritu lama dah

    ReplyDelete
  8. takberapa minat keropok lekor tapi kalau ada depan mata makan je hahaha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧