✿Sahabatku✿

Follow

Monday, October 09, 2017

5 perkara manusia lupa

Image result for islamic

Assalamualaikum wbt..
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda, "Kewajipan Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima, menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke kuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.

Menjawab salam - Apabila seorang muslim memberi salam kepada Muslim yang lain itu adalah sebuah doa, jadi orang yang mendengarnya mesti mendoakan semula dengan menjawab salam. Jika memberi salam itu sunah, maka menjawab salam itu wajib.

Menziarahi orang sakit - Islam menggalakkan penganutnya menziarahi orang Muslim yang sakit, kerana dipercayai dapat memberikannya semangat untuk terus sembuh dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan. Menziarahi orang Muslim yang sakit juga dapat mengeratkan tali silaturrahim.

Memenuhi jemputan - Kewajipan ke atas Muslim yang lain juga adalah memenuhi jemputan sebagai tanda peghormatan kepadanya.

Menziarahi jenazah - Mengiringi jenazah ke kuburan sebagai penghormatan terakhir jenazah saudara Muslimnya.

Mendoakan saudara yang bersin - Sunah bagi Muslim yang bersin untuk mengucapkan Alhamdulillah dan Muslim yang mendengarnya perlu menjawab 'Yarhamukallah' kemudian dia membalas 'Yahdikumullah'. 

Wallahua'lam...

Share:

16 comments:

  1. terima kasih untuk tazkirah ni. :D

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing shikin. Lama x singgah sini

    ReplyDelete
  3. benda yang paling senang doakan lepas orang bersin tapi tak ramai yang buat

    ReplyDelete
  4. mendoakan saudara yg bersin akak jarang buat tu... terima ksih kongsi info yg sgt baik ni...

    ReplyDelete
  5. Nice sharing sis... terima kasih mengingatkan sesama kita...

    ReplyDelete
  6. Yang memenuhi jemputan tu mcm selalu je.especially jemputan kawen.kadang2 xdpt nk penuhi sbb xada masa

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas peringatan ini...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    ReplyDelete
  8. Perkara yang mudah utk kita lakukan tp tu juga yang kita mudah lupakan.. huhu

    ReplyDelete
  9. memang lupa. bab menziarah orang sakit, sering diberi alasan sibuk. melawat kematian, sering pergi pada tahlil sahaja. yang bersin, bukan nak doakan - malah tutup hidung memalingkan muka kerana takot dengann kuman. menjawab salam tu kebanyakkannya buat tp kadang kadang bagi salam pun tk tgk tempat :(

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧