✿Sahabatku✿

Follow

Monday, October 09, 2017

Tau kenapa nyamuk suka pada telinga?

Image result for mosquito ear

Assalamualaikum wbt..
Okey, nak citer kisah pasal nyamuk nie.. Bila waktu malam, dengan kesejukan kipas ataupun aircond membuatkan kita cepat berasa mengantuk.. Dah menguap beberapa kali dan bila dah baca doa sebelum tidur dan surah lazim, kita pun baring dan cuba untuk lelapkan mata.. Tetiba, ada satu suara menyanyi-nyanyi yang dah tentu membingit telinga kita..? Siapa lagi kalu bukan si nyamuk yang menyanyi riang di telinga, mengganggu mood tidur kita,kan.. 

Awak tau tak kenapa nyamuk suka sangat berlegar-legar kat telinga..? Ada banyak alasan ataupun mitos kenapa ianya terjadi...

Nyamuk tertarik pada bau daripada karbon dioksida yang dilepaskan ketika kita menghembuskan nafas. Dah tentulah semasa kita tidur, karbon dioksida banyak dilepaskan terutama di bahagian muka kerana melalui hidung oksigen disedut dan karbon dioksida dilepaskan. Mungkin betul mungkin salah..

 Nyamuk tertarik pada haba atau suhu panas. Semasa kita tidur, telinga manusia boleh mengeluarkan haba yang panas sikit. Sebab itulah nyamuk tertarik pada telinga untuk hinggap dan menghisap darah. Tapi ada juga bahagian tubuh lain yang boleh mengeluarkan haba, jadi alasan ini mungkin bukan menjadi penyebabnya.

 Sebenarnya alasan yang betul adalah nyamuk tak tertarik pun pada telinga. Cuma sebab telinga kita nie adalah satu-satunya organ manusia yang boleh mendengar walaupun ketika tidur. Sebab itulah apabila nyamuk berkeliaran di bahagian yang terdedah terutamanya muka, jadi telinga akan cepat mendengar bunyi yang seolah-olah nyamuk suka menghurung telinga..

Betul tak..?


Share:

11 comments:

  1. geramkan kalau nyamuk berlegar legar kat telinga? 😂 nak tampar telinga sendiri haha

    ReplyDelete
  2. Betul jugak tu. Sebab telinga je kita leh dgr dia.hehe. geram tol bila dia berlegar2 kt tlinga tu

    ReplyDelete
  3. geram je kalau nyamuk dekat dengan telinga. Bingit jadinya. Mula la menggagau cari spray

    ReplyDelete
  4. bunyi nyamuk geram duk tepuk2 siap hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Oh begitu.patutla kalau terbang mesti nak fly tepi telinga.rasa nk tampaq2 je nyamuk jahat tu

    ReplyDelete
  6. hahhahaa betul jugak tu. kita rasa rimas kat telinga sebab kita boleh dengar haha.

    ReplyDelete
  7. Btl juga kan =D tp ju besa tdur ttp telinga dengan bantal busuk. Jadi xpernah la telinga kena lawat oleh nyamuk2 ni masa tdur =D

    ReplyDelete
  8. Oo...stress kekadang nak tidur tapi terpaksa layan nyamuk ni dulu huhuh

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧