Tuesday, November 14, 2017

Perkongsian kesihatan - Urut terapi buang angin..


Assalamualaikum wbt..
Pagi nie saya nak bercerita tentang angin di dalam badan, memandangkan saya merupakan seorang perawat urut buang angin dalam badan.. Selalunya client yang saya rawat sememangnya mempunyai banyak angin di dalam badan.. 

Nak tau camne buang angin..? Awak boleh baca artikel entri saya  DI SINI.. Dan selalunya bila selepas saya selesai membuat rawatan buang angin, saya akan memberikan beberapa tips untuk mengurangkan angin di dalam badan.. Antara tips yang saya berikan :

1) Setiap malam, pastikan tapak kaki kita dipakaikan stokin, sebagaimana seperti mana kita berpantang bersalin dulu..PERBEZAAN  di sini adalah semasa berpantang bersalin, awak kena pakai stokin 24 jam 7 hari seminggu, kecuali semasa awak nak mandi dan pergi ke tandas saja,awak boleh tanggalkan stokin.. Tapi untuk kes ini, awak perlu memakai stokin pada waktu malam nak tidur tue..  Kemudian, ada soalan yang keluar ;

Soalan : Adakah selimut tak memadai untuk menutup kaki sewaktu tidur?

Jawapannya adalah, selimut saja memang tak memadai untuk menutup kaki, kerana kaki kita masih terkeluar daripada kain selimut secara tak disedari.. Jadi untuk memastikan kaki tak masuk angin, adalah lebih baik kaki kita dipakaikan stokin.. Memang panas tapi demi kesihatan kita, itulah yang perlu dilakukan..

2) Jika awak ada mengalami angin pada uluran hati, apa yang perlu awak lakukan adalah cuba awak minum air suam secara perlahan-lahan dengan dimulai Bismillah, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 3 kali. Minum secara seteguk demi seteguk dengan perlahan-lahan untuk membolehkan air menyelusuri ke dalam tekak.. Dalam erti kata lain, bila awak teguk secara perlahan-lahan, air yang diminum boleh menolak angin ke tempat yang lebih lapang, iaitu di dalam perut dan seterusnya membolehkan awak sendawa ataupun maaf cakap, melalui kentut.. 

3) Awak juga perlu berpantang dalam pemakanan dan minuman. Di antara makanan yang boleh menyebabkan angin adalah kekacang, sayuran seperti brokoli, beras pulut, kobis, taugeh, buah cempedak, buah nangka dan labu.. Minuman yang perlu dielak adalah  minuman berkafein seperti teh dan kopi... 
Image result for teh ais
Waktu-waktu panas nie memang tekak nak minum berais jea, bila dah ke kedai mamak, inilah yang kita selalu pesan.. tapi AWAS!!! Minuman ini dikategorikan sebagai minuman berangin.. 

Image result for cempedak goreng
Sedap kan bila makan cempedak goreng, tapi AWAS!!! Makanan inilah yang boleh menyebabkan angin di dalam badan..

4) Kaedah mandi ais mampu kurangkan angin di dalam badan.. Caranya mudah saja, bahan-bahannya cuma sepaket ais yang boleh dibeli di kedai 7E, limau purut ataupun limau nipis lebih kurang 4 @ 5 biji dan baldi air yang diisi separuh. Caranya adalah sepaket ais dimasukkan di dalam baldi dan perah limau tersebut yang telah dibelah dua.. Sebelum mandi, awak perlu mulai dengan kalimah Bismillah, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 3 kali, Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Bacaan ini seeloknya dibaca di luar bilik air bagi menjaga kesucian ayat-ayat Allah..  Air mandian nie sebaiknya digunakan pada bilasan terakhir dengan dimulai di bahagian kepala, selepas tue, siram di bahagian tengkuk dan seluruh badan.. Sekiranya awak mengalami gangguan, awak akan merasai seperti angin keluar dari belakang tengkuk, dan menjadikan badan serta kepala menjadi ringan.. Jika awak mengalami sendawa yang tak berhenti-henti ataupun muntah, segera dapatkan rawatan Islam yang berdekatan kerana mandian nie hanyalah sebagai alternatif untuk mengurangkan angin dalam badan serta bisa di dalam badan.. Mandian nie boleh dilakukan pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib dan awak akan merasai kesegarannya.. 
(CREDIT TO PUSAT PERUBATAN ISLAM AL-MUJAHIDIN)

Itulah tips-tips yang selalu saya berikan pada client saya.. Saya hanya mampu berikhtiar, yang menyembuhkan adalah kuasa ALLAH.. Yang penting, jangan berhenti untuk berusaha berubat demi kesihatan kita dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.. 

Related image

Related image

Tips ini boleh diamalkan oleh semua orang dan semoga Allah memberi kesembuhan pada kita semua, Insha Allah..

#teambloggerpantaitimur

14 comments:

  1. gud tips. jika ada tambahan garam bukit lagi power.. ina biasa kalo sakit2 badan.Mandi ais + garam bukit + ruqyah.. insyallah.Selain tu,seri muka pun boleh naik.

    ReplyDelete
  2. Nice tips..thnks 4 sharing kak ikin..sllu gak rasa cam ad angin dlm bdn tp x tau cmnna nk keluarkn..hehe

    ReplyDelete
  3. good read. thank you for sharing this info

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat bagus.. terutama sekali mandian ais tu..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian sangtay bermnfaat. InsyaAllah lepas ni boleh amalkan

    ReplyDelete
  6. yang pakai stokin memang selalu pakai sejak zaman anak dara lagi. sampai loni hihihihi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tips akak, saya rasa sy memang banyak angin dlm badan, masa kerja asyik nak terken*** je, haha, malu gak takut orang perasan. Kadang2 masa sapu lotion pun sendawa, macam kena urut, haish masalah2.

    ReplyDelete
  8. thanks kak for tips tu.:)


    (air tu diperbuat dripada potato akk, tpi tak tahu kenapa bila saya rasa tu, ada rasa ala2 tepung skit. rasa dia masam sikit, manis sikit. Akk boleh cuba bila ke sana nanti)

    ReplyDelete
  9. Huu akak memang ada masalah amgin sejak dulu2 tapi memang coffee addict jugak.. huu.. thanks for sharingg shikin

    ReplyDelete
  10. Penuh informasi Tq shikin. Byk mama boleh amalkan. Pakai stoking celam celum je ikut mood. Kena amalkan tetiap Malam lah gayanya

    ReplyDelete
  11. kan best kalau dekat. Sekarang ni memang tengah gila teh ais, bangan memang penuh angin je :(

    ReplyDelete
  12. Kena amalkan tidur pakai stokin lepas ni ..mandi ais tue macam menarik je ni .boleh try

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧