Iklan untuk menyertai Pegawai Bomba Bantuan Negeri Pahang untuk tahun 2018

Wednesday, January 24, 2018


Assalamualaikum wbt..
JBPM menawarkan pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut : -

Jawatan : 
Pegawai Bomba Bantuan

Nama Balai : 
1. Balai Bomba Dan Penyelamat Ringlet, Cameron Highlands
2. Balai Bomba Dan Penyelamat Mentakab 
3. Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh
4. Balai Bomba Dan Penyelamat Triang
5. Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut
6. Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan
7. Balai Bomba Dan Penyelamat Rompin
8. Balai Bomba Dan Penyelamat Chini, Pekan
9. Balai Bomba Dan Penyelamat Tekek, Tioman
10. Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Koyan, Lipis
11. Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Tahan, Jerantut

Elaun : 
Elaun Kehadiran / Latihan

Syarat Lantikan : 
Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganera Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti 

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai penglihatan yang baik;
iv. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
v. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;


(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa

(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit
ke Balai)

Notis kebenaran daripada majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai
Bomba Bantuan – Borang PBB 4. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas)

Cara Memohon
Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas). Calon-calon juga boleh datang sendiri untuk menghadiri temuduga pada hari yang ditetap di bawah. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 

i) Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii) Salinan Kad Pengenalan;
iii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan

Alamat Permohonan dan tarikh tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat seperti di atas

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2018

Tarikh Temuduga
Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Makluman
Calon-calon yang ingin menghadiri temuduga ini, hendaklah membawa dua (2) persalinan pakaian :

i ) Baju sukan berkolar dan berkasut sukan
ii) Smart Casual berkasut


So, berminat untuk menjadi salah sorang anggota bomba..? Jom isi kekosongan ini.. 



3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧