Wednesday, March 21, 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!



Assalamualaikum wbt.. 
Saya nak menjemput awak suma untuk join segmen daripada rakan blogger saya nie.. Tujuannya adalah untuk mengenali lebih dekat antara blogger yang masih aktif berblog di samping dapat berkenalan dengan kawan baru..

Segmen nie berlangsung sehingga 30 Mac 2018.. 

💻Bila blog ditubuhkan
Dilahirkan pada 6 November 2010 dan Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini..

💻 Maksud tersendiri nama blog dan url blog
'Starlavenderluna' diambil hasil idea sendiri, saya nie memang obses dengan bunga lavender yang cantik dan wangi.. Manakala 'Star' dan 'Luna' diambil nama bersempena dengan betapa obsesnya saya dengan watak 'Luna' seekor kucing yang mempunyai tanda bulan sabit di dahi dalam siri anime 'Sailormoon', macam tue dengan 'Star', ianya kesinambungan dengan siri anime tersebut.

💻 Ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger
Setakat nie, Alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan blogger yang saling menyokong antara satu sama dan saling membantu daripada segi 'job review'. Memandangkan saya bekerja sebagai pembantu pustakawan, saya berkongsi informasi yang mungkin dapat membantu kehidupan seseorang, daripada segi kesihatan, lifestyle dan sebagainya.. Saya rasa setiap orang mempunyai pengalaman pahit tapi saya mengambil pendekatan positif di sebalik pengalaman pahit tue.. 

💻 Nasihat kepada blogger lain
Pada yang masih aktif berblog, teruskan usaha untuk menulis blog dan sampaikanlah sebarang informasi yang berguna untuk masyarakat kerana kuasa informasi kini di hujung jari kita. Tapi dalam masa yang sama, janganlah kita sebarkan cerita atau informasi yang kurang sahih sebab takut timbul fitnah bila cerita yang kita ceritakan tue tak benar. Jaga jugak tulisan kita agar tak timbul sensitiviti negatif dan guriskan perasaan orang lain. Memang benar kita sebagai seorang manusia berhak untuk bersuara tapi kita perlu jaga perasaan orang lain jugak, sama macam perasaan hormat.. Bak kata orang, kalau kita nak orang hormat pada kita, kita perlu hormat orang tue jugak... 

Okey, rasanya setakat tue kot.. Selamat bersegmen semua dan salam perkenalan daripada saya.. 


12 comments:

  1. singgah dari segmen yang sama
    https://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  2. nasihat yang sangat bagus...

    kalau jadi pembantu perpustakaan memang banyak ilmu la nie..

    blogger personal memang terkawal dari maklumat palsu kerana kebanyakan story berkaitan diri sendiri dan keluarga.

    kalau blogger infomasi memang ada terbabit juga la..perlu berhati hati sahaja

    ReplyDelete
  3. Wahh unik sungguh pilihan nama blog kak 😍

    ReplyDelete
  4. Wah, otai ni. Salam kenal dari Zumal. Zumal follow sini...

    ReplyDelete
  5. eh sama tahun 2010 gak start blog...

    ReplyDelete
  6. since 2010 memang dah lama dah. dah 8 tahun. keep it up sis! mula2 singgah blog sis terdetik juga nama starlavenderluna ni dari mana eh. kihkih. harini baru tau rupanya dari cerita kartun dan hobi sis pengemar bunga! unik sangat nama. gabungan yang mantop gteww. betul2 tu sis. apa apa yang kita tulis di laman socmed, cuba elakkan dari perasaan yang menguriskan hati orang lain. nak menasihat berpadalah. memang kita berhak mengeluarkan pendapat masing2 tapi beringat tak semua orang boleh terima pendapat kita :) tq tau sis sudi join segmen azah.

    ReplyDelete
  7. Lebih kurang la umur blog kita, shikin. Tapi kita baru lagi friend kan. Terus kan blogging, shikin. We need each other. Sharing info yg wajar dan berguna.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Kawan Google+

Ahli Team

Image result for blogger area group png