Siapa yang bagi kupon nie..?

Tuesday, March 13, 2018

Assalamualaikum wbt..
Minggu nie, library menjadi tempat tumpuan kadet bomba peringkat sekolah menengah... Sebenarnya sejak semalam, ada satu pertandingan kawad kaki telah berlangsung, mungkin semalam tue peringkat pemilihan, dan hari nie adalah latihan untuk pergi ke peringkat negeri.. Jadi, kali nie ramailah yang singgah ke library kami...

Hihi melalut pulak, sebab kat tajuk tulis lain, cerita plak lain perginya.. Sebenarnya semalam saya mendapat satu surat dan rasa macam konfius kejap..

https://starlavenderluna.blogspot.com

Dalam sampul surat nie ada disertakan 5 kupon Domino's Pizza tapi tak dinayatakan siapakah pengirimnya.. Cop pada tempat adalah di Ipoh, tapi konfius lah kejap.. Adakah kupon nie kupon yang saya menang mana GA yang saya sertai ataupun saja-saja nak bagi.. 

So pada sesiapa yang bagi kupon nie, saya nak ucap terima kasih bebanyak kerana sudi bagi kupon nie pada saya, banyak lak tue saya dapat, ada lebih kurang 5 keping kupon...

Terima kasih tau awak.. 


7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧