Monday, May 02, 2011

1st May 2011

"SELAMAT HARI PEKERJA" kepada semua warga kerja di seluruh dunia....Hari ini merupakan hari cuti umum bagi semua negara dan esok merupakan cuti gantian disebabkan cuti umum hari ini telah jatuh pada hari Ahad....So aku dapat cuti sebanyak 3 hari.....Memang best...Hari ini aku tidak berbuat apa-apa melainkan menemani suamiku membuat awning rumah....Menu masakan aku hari ini adalah nasi ayam, lauk adalah sambal sotong....Berselera betul suamiku makan,agaknya lapar perutnya....Dan hari ini aku membasuh semua cadar di rumahku,maklumlah cuaca kebelakangan ini tidak menentu...Nasib baik cuaca pada hari ini cerah saja, so sempat cadarku kering....Semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa untuk membeli beberapa buah buku lagi di samping aku membawa pesanan dari abah supaya membeli buku Doraemon untuk Mirah...Memang ramai sangat pada hari itu sampai sesak jalan-jalan di KL....Aku naik ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan dan ambil LRT Putra untuk ke PWTC...Tapi bila aku mahu balik,aku dapati memang ramai orang yang menaiki LRT Putra sampai sesak nafasku melihatnya...Lalu aku pun beredar dari situ dan mengambil teksi menuju ke KL Central untuk mengambil trip ERL.....Aku balik rumah tepat pukul 4.45 petang dan letih rasanya badanku ini.... Masa aku berada di PWTC, aku menganggarkan pengunjung yang mengunjungi Pesta itu seramai 600 ribu orang, memang ramai....




No comments:

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧